Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488000
Title: Pelaksanaan pendekatan projek untuk meningkatkan domain kognitif dan sosial kanak-kanak prasekolah
Authors: Masayu Dzainudin (P73648)
Supervisor: Faridah Yunus, Dr.
Keywords: Cognition in children
Education
Preschool -- Activity programs
Child development
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Sep-2019
Description: Proses pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak adalah bersifat penerokaan. Melalui penerokaan kanak-kanak berupaya memupuk minat mereka untuk belajar tanpa paksaan. Minat terhadap pembelajaran terhasil daripada sifat ingin tahu kanak-kanak yang tinggi. Maka, proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dunia persekitaran mereka tidak sesuai untuk diamalkan dalam kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak. Justeru, kajian tindakan kolaborasi ini bertujuan untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan buku kerja kepada Pendekatan Projek yang berkonsepkan Kurikulum Emergen di sebuah tadika swasta. Kajian tindakan kolaboratif ini adalah kerjasama diantara penyelidik dengan pengusaha dan guru tadika yang terlibat. Terdapat dua kitaran kajian yang dilaksanakan. Kitaran pertama melibatkan pemerhatian awal pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar tadika, seterusnya penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran dirancang dengan memberikan latihan guru untuk melaksanakan Pendekatan Projek berkonsepkan Kurikulum Emergen. Kitaran kedua meliputi proses penambahbaikan pelaksanaan semasa di Kitaran satu secara keseluruhan. Kedua-dua kitaran mengamalkan amalan refleksi dalam meneroka dan memperbaiki amalan penambahbaikan yang telah dilaksanakan di tadika swasta tersebut. Pelaksanaan kerja projek yang telah dilaksanakan adalah berdasarkan kepada kecenderungan dan inisiatif kanak-kanak dan juga inisiatif guru dalam membimbing kanak-kanak untuk mengalami proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui Pendekatan Projek Emergen dapat dilaksanakan dengan harmoni melalui kolaboratif yang positif di antara penyelidik, pengusaha dan guru tadika tersebut. Selain itu, guru juga menyatakan bahawa latihan yang diberikan membantu meningkatkan pemahaman mereka untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan bersesuaian dengan tahap perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Tambahan lagi guru juga dapat meningkatkan dan mempelbagaikan kemahiran pengajaran dan pembelajaran mereka dengan pelaksanaan Pendekatan Projek Emergen. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kecenderungan intelektual dan sosial kanak-kanak lebih meningkat melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat terbuka dan fleksibel serta penerokaan sensorial dan bahan maujud tanpa penggunaan buku kerja. Ini bertujuan untuk menyuburkan perkembangan pembelajaran kanak-kanak secara holistik. Kajian ini juga memberi impak yang besar dalam usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjayakan transformasi kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak dalam meningkatkan kemahiran, pendidikan dan kompetensi guru. Impak yang besar ini adalah untuk memperkembangkan dan meningkatkan potensi guru prasekolah secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, sosial, rohani, emosi dan jasmani.,Ph.D.
Pages: 241
Call Number: BF723.C5M337 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117881+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.