Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487998
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLilia Halim, Prof. Dr.
dc.contributor.authorIrene Lue Leh Ping (P88705 )
dc.date.accessioned2023-10-11T09:35:34Z-
dc.date.available2023-10-11T09:35:34Z-
dc.date.issued2020-10-03
dc.identifier.otherukmvital:117529
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487998-
dc.descriptionPenghujahan saintifik melibatkan justifikasi bukti dan ini memerlukan penggunaan kemahiran proses sains dan menyokong kepada pembangunan pemahaman konsep saintifik. Walau bagaimanapun, penguasaan kemahiran penghujahan dan kemahiran proses sains dalam kalangan murid-murid Biologi sekolah luar bandar belum mencapai tahap yang memuaskan dan pencapaian mereka masih ketinggalan. Murid-murid boleh berhujah dengan lebih baik sekiranya mereka mempunyai penguasaan kemahiran proses sains yang tinggi. Oleh yang demikian, satu modul yang dikenali sebagai Modul Laboratory Modified Argument-Driven Inquiry (LAB-MADI) telah dibangunkan untuk menyediakan satu persekitaran penghujahan bagi murid-murid Biologi menguasai kemahiran proses sains untuk meningkatkan kemahiran penghujahan semasa kerja amali. Seterusnya kajian ini menilai keberkesanan Modul LAB-MADI terhadap pencapaian kemahiran penghujahan, kemahiran proses sains dan kefahaman konsep resapan dan osmosis. Kajian kuasi eksperimen dengan reka bentuk ujian pra dan ujian pasca kumpulan tidak setara telah dijalankan untuk menilai keberkesanan Modul LAB-MADI terhadap pencapaian dalam kemahiran penghujahan, kemahiran proses sains dan kefahaman konsep resapan dan osmosis. Seramai 112 murid Tingkatan Empat dari dua buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) dalam kategori sekolah luar bandar terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kuasi eksperimen dengan reka bentuk ujian pra dan ujian pasca kumpulan tidak setara yang melibatkan tiga kumpulan. Kumpulan rawatan pertama diajar menggunakan pendekatan inkuiri berpandukan penghujahan (IBP) manakala kumpulan rawatan kedua diajar menggunakan pendekatan inkuiri tanpa penghujahan (ITP). Kedua-dua kumpulan rawatan ini menjalankan kerja amali menggunakan Modul LAB-MADI dan hanya kumpulan IBP diberikan peluang mengikuti sesi penghujahan. Kumpulan ketiga diajar menggunakan pendekatan konvensional (KON) bagi menjalankan kerja amali yang diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Kemahiran Penghujahan (UKH), Ujian Kemahiran Proses Sains (UKPS) dan Ujian Kefahaman Konsep Resapan dan Osmosis (UKRO). Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik inferensi melibatkan ANOVA satu hala (One-way Analysis of Variance) dana MANOVA pengukuran berulang (Repeated Measures Multivariate Analysis of Variance). Keputusan MANOVA pengukuran berulang menunjukkan kumpulan IBP mengatasi kumpulan ITP dan kumpulan KON dalam pencapaian kemahiran penghujahan, kemahiran proses sains dan kefahaman konsep resapan dan osmosis. Implikasi daripada kajian ini memberi cadangan pemantapan kerja amali dengan menggunakan pendekatan inkuiri berpandukan penghujahan dan memenuhi keperluan pendidik Biologi dalam inkuiri saintifik dan memupuk kemahiran penghujahan khasnya menyatakan bukti.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectScience
dc.subjectTechnical writing
dc.subjectPersuasion (Rhetoric)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKeberkesanan modul lab-madi terhadap kemahiran penghujahan, kemahiran proses sains dan penguasaan konsep resapan dan osmosis
dc.typeTheses
dc.format.pages584
dc.identifier.callnoQ126.8.L836 2020 tesis
dc.identifier.barcode004470(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117529+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
21.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.