Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487997
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAb. Halim Tamuri, Prof. Madya Dato' Dr.-
dc.contributor.authorZakaria Abdullah (P35148)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:35:32Z-
dc.date.available2023-10-11T09:35:32Z-
dc.date.issued2011-04-20-
dc.identifier.otherukmvital:117486-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487997-
dc.descriptionPendekatan Berpusatkan Pelajar (PBP) merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) termasuk dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan PBP dalam Pendidikan Islam (PI) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Kajian merangkumi persepsi guru Pendidikan Islam terhadap kefahaman Kurikulum Pendidikan Islam (KPI), persepsi guru Pendidikan Islam terhadap kefahaman PBP, penggunaan Blat Bantu Mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), penggunaan kaedah-kaedah pengajaran, halangan dan kekangan yang dihadapi oleh guru dan pelaksanaan PBP daripada persektif pelajar. Kajian ini adalah satu kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif yang disokong oleh data kualitatif. Seramai 390 orang guru Pendidikan Islam, 480 orang murid sekolah tingkatan 4 sebagai responden bagi menjawab borang soal selidik. Selain itu, 8 orang guru telah terlibat dalam pemerhatian kelas dan 8 orang murid tingkatan 4 telah ditemu bual. Satu kajian rintis telah dilaksanakan dan nilai kebolehpercayaan diperolehi adalah tinggi iaitu 0.983 data guru dan 0.923 data pelajar. Data ini kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan min, sisihan piawai, peratus, Ujian t, Anova, korerasi Pearson dan regrasi. Hasil dapatan guru menunjukkan bahawa aspek pemahaman kandungan KPI, pelaksanaan PBP, penggunaan ABM berada pada tahap tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara persepsi terhadap kefahaman kurikulum dengan pelakasanaan PBP. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan dalam pelaksanaan PBP daripada aspek demografi responden guru kecuali faktor umur guru dan lokasi sekolah. Namun begitu hasil dapatan pelajar menunjukkan pelaksanaan PBP berada pada tahap sederhana. Manakala pemerhatian dalam pengajaran guru juga menunjukkan pelajar-pelajar menghadapi masalah dalam pelaksanaan PBP di dalam bilik darjah. Daripada temu bual pula, kajian mendapati pelajar-pelajar menyatakan mereka tidak berpuas hati pelaksanaan PBP yang di laksanakan oleh sebahagian guru Pendidikan Islam. Kajian ini mendapati antara faktor yang menjadi penghalang kepada pelaksanaan PBP ialah penekanan kepada menghabiskan sukatan pelajaran, pembelajaran terlalu berfokus kepada peperiksaan dan kelas murid terlalu ramai. Secara keseluruhanya, kajian ini mendapati masih terdapat kelemahan dalam pelaksanaan PBP Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Maka, latihan perguruan dan kursus-kursus perkhidmatan yang berkaitan dengan pelaksanaan PBP perlu dipertingkatkan untuk guru-guru Pendidikan Islam.,Tesis in tiada perakuan deklarasi pelajar-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectIslamic education - Study and teaching (secondary)-
dc.subjectStudent-centered learning - Malaysia-
dc.titlePengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan berpusatkan pelajar dalam Pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages361-
dc.identifier.callnoLC910.Z337 2010 tesis-
dc.identifier.barcode002597 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117486+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.