Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487996
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuhizan Mohd Yassin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorFouziah Mohd (P48021)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:35:32Z-
dc.date.available2023-10-11T09:35:32Z-
dc.date.issued2012-08-30-
dc.identifier.otherukmvital:117478-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487996-
dc.descriptionTujuan kajian ini adalah untuk melihat pengaruh aspek diri dan persekitaran terhadap pemilihan kerjaya bidang teknikal dalam kalangan pelajar teknikal. Elemen aspek diri yang dikaji adalah efikasi kendiri dan jangkaan hasil. Manakala aspek persekitaran pula merangkumi pengaruh model peranan, stereotaip gender, penerimaan maklumat kerjaya dan interaksi bias gender. Kajian berdasarkan Teori Kerjaya Kognitif Sosial ini menggunakan satu set soal selidik. Teknik persampelan rawak kluster mengikut zon digunakan bagi mendapatkan data daripada 1411 orang pelajar tingkatan lima (lelaki=769, perempuan 642) daripada 22 buah sekolah menengah teknik/vokasional. Dapatan kuantitatif dalam aspek diri dan persekitaran disokong oleh data kualitatif daripada temu bual 17 orang responden. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian skor min pelajar lelaki lebih tinggi dalam efikasi kendiri, matlamat pemilihan kerjaya bidang teknikal dan stereotaip gender. Manakala, pelajar perempuan pula menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam jangkaan hasil dan pengaruh model peranan. Selain daripada itu pelajar perempuan juga menunjukkan elemen interaksi bias gender dan penerimaan maklumat kerjaya pada tahap sederhana. Statistik inferensi menggunakan MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan matlamat pemilihan kerjaya dalam bidang teknikal, efikasi kendiri dan sterotaip gender dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Analisis regresi berganda mendapati efikasi kendiri (r²=0.403, dan β= 0.552), jangkaan hasil (r²=0.421,dan β= 0.129), stereotaip gender (r²=0.435, dan β= 0.073) dan interaksi bias gender (r²=0.430, dan β= 0.96) dalam mempengaruhi pelajar memilih kerjaya bidang teknikal. Namun begitu tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengaruh model peranan, penerimaan maklumat kerjaya dan pemilihan kerjaya dalam bidang teknikal. Ini menunjukkan pengaruh model peranan dan penerimaan maklumat kerjaya tidak menyumbang kepada pemilihan kerjaya pelajar dalam bidang teknikal. Sementara itu, stereotaip gender, interaksi bias gender, jangkaan hasil dan efikasi kendiri menyumbang terhadap pemilihan kerjaya pelajar dalam bidang teknikal. Manakala analisis kualitatif mendapati penglibatan ibu bapa dalam memberi sokongan dan maklumat mendorong pelajar memilih kerjaya bidang teknikal. Begitu juga peranan pihak pentadbiran dan guru dalam melaksanakan aktiviti, pengajaran dan pembelajaran, memberikan maklumat dan latihan penting dalam menarik minat pelajar. Dicadangkan kajian lanjut diperlukan untuk melihat kesan langsung serta nilai dari aspek pengaruh model peranan dan penerimaan maklumat kerjaya dalam pemilihan kerjaya. Kajian ini juga mencadangkan agar pihak sekolah dan keluarga meningkatkan tahap keperihatinan pelajar dalam kerjaya bidang teknikal melalui ceramah, lawatan dan bimbingan kerjaya.,Tesis ini tiada perakuan deklarasi pelajar-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectVocational guidance - Malaysia-
dc.subjectEducation-
dc.subjectSecondary - Malaysia-
dc.subjectJob hunting-
dc.titlePengaruh aspek diri dan persekitaran terhadap matlamat pemilihan kerjaya bidang teknikal dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik/Vokasional-
dc.typeTheses-
dc.format.pages310-
dc.identifier.callnoHF5381.F648 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002595 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117478+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.