Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487992
Title: | Liputan kandungan dan penerbitan berita sukan akhbar harian di Malaysia |
Authors: | Pekan Ramli (P51030) |
Supervisor: | Tajul Ariffin Muhammad, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Mass media and sports -- Malaysia Sports -- Press coverage -- Analysis -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Aug-2019 |
Description: | Persepsi masa kini sudah berubah sepenuhnya dan berita sukan sudah dianggap sama pentingnya dengan berita ekonomi, politik, sosial, jenayah, pendidikan dan lain-lain. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti liputan kandungan dan penerbitan berita sukan dan kuasa yang ada kepada editor sukan akhbar dalam menetapkan liputan kandungan dan menerbitkan berita sukan di halaman sukan akhbar harian di Malaysia. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dan mengumpul data melalui kaedah analisis dokumen dan temu bual bersama dua orang editor sukan di akhbar Berita Hatrian dan Kosmo. Kaedah trangulasi kemudian dijalankan ke atas data yang dikumpul bagi meningkatkan kepercayaan kajian. Data seterusnya dianalisis oleh penyelidik yang bertindak selaku instrumen utama kajian ini berasaskan kepada profil penyelidik yang berpengalaman dalam bidang media sukan ini hampir 25 tahun. Pada peringkat awal data-data deskriptif itu dibentangkan dalam bentuk jumlah berita, kekerapan dan peratusan. Peringkat kedua pula data-data temu bual bersama Editor Sukan akhbar Kosmo dan Berita Harian disusun oleh penyelidik bersandarkan kepada persoalan kajian ini. Kemudiannya proses triangulasi data dilakukan oleh penyelidik untuk menggabungkan, memadankan dan memeriksa data-data tersebut dan mendedahkan amalan liputan dan penetapan berita sukan seperti yang dinyatakan oleh media terbabit menerusi catatan temu bual yang dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kandungan berita sukan dan kuasa yang ada kepada editor sukan akhbar harian di Malaysia sememangnya mempunyai asas-asas keutamaan dan amalan-amalan tertentu yang dibuktikan menerusi dapatan kajian ini. Dapatan kajian juga menunjukkan akhbar Berita Harian lebih seimbang dan saksama dalam memberikan keutamaan kepada liputan berita sukan dalam negara berbanding akhbar Kosmo. Manakala liputan berita sukan akhbar Kosmo lebih mendapat tarikan daripada pembaca kerana pendekatan yang digunakan oleh akhbar ini menerusi pendekatan Content is King, Picture is Queen' dengan hampir keseluruhan berita sukannya mesti diiringi dengan gambar. Kajian ini juga mendapati bahawa editor sukan akhbar Kosmo lebih bebas dalam membuat keputusan bagi penetapan liputan dan terbitan berita sedangkan editor sukan akhbar Berita Harian terikat dengan kepentingan perniagaan. Kajian ini menunjukkan bahawa peminat sukan perlu menyedari bahawa liputan kandungan dan penyiaran berita sukan bagi akhbar-akhbar harian di negara ini adalah bergantung kepada kepentingan perniagaan dan pendekatan personal editor sukan di akhbar-akhbar terbabit.,Ph.D. |
Pages: | 263 |
Call Number: | GV742.P435 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117316+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 157.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.