Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487991
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ruhizan Muhammad Yasin, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Syamsiah Mokhtar (P80335) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:35:19Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:35:19Z | - |
dc.date.issued | 2019-08-27 | |
dc.identifier.other | ukmvital:117315 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487991 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan membangunkan model pemindahan latihan tenaga pengajar Kolej Vokasional di Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research). Objektif kajian pertama adalah untuk meninjau keperluan pembinaan model pemindahan latihan tenaga pengajar Kolej Vokasional, objektif kajian ke dua adalah membangunkan model pemindahan latihan tenaga pengajar KV dan objektif kajian ke tiga adalah menilai kebolehgunaan model yang dibangunkan. Fasa satu kajian iaitu analisis keperluan melalui temu bual terhadap lima orang pakar dijalankan untuk mendapat pandangan dan persetujuan pakar terhadap rasionalisasi pembinaan model. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan tema. Fasa kedua kajian merangkumi fasa pembangunan model kajian dengan menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM). Fasa ini melibatkan pandangan 13 orang pakar pelbagai bidang terutamanya TVET. Fasa terakhir kajian iaitu fasa penilaian terhadap model. Instrumen Fasa ini melibatkan penggunaan soal selidik terhadap 345 orang tenaga pengajar Kolej Vokasional dan data dianalisis menggunakan PLS- SEM (Partial Least Squares-Structural Equation Modeling). Dapatan keseluruhan fasa pertama menunjukkan bahawa kesemua pakar bersetuju dengan aspek pemindahan latihan dan keperluan kepada pembinaan model. Dapatan Fasa kedua iaitu pembinaan model kajian menunjukkan kesemua panel pakar mencapai kesepakatan dan konsensus. Dapatan ini menunjukkan terdapat kesepakatan yang baik antara panel pakar dalam pembinaan item model kajian. Dapatan fasa ketiga kajian menunjukkan bahawa analisis faktor (CFA) konvergen dan diskriminan melepasi nilai threshold yang ditetapkan. Akhir sekali, ujian penilaian model menggunakan nilai pekali laluan (empirical t) dan kaedah bootstrapping standard error menunjukkan satu hipotesis nul (Ho) ditolak. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa model pemindahan latihan tenaga pengajar KV dapat mengambarkan situasi pemindahan latihan terhadap tenaga pengajar program pengurusan perniagaan KV di Malaysia.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Vocational teachers -- Training of -- Malaysia | |
dc.subject | Occupational training -- Malaysia | |
dc.subject | Training needs -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembangunan model pemindahan latihan tenaga pengajar program pengurusan perniagaan Kolej Vokasional | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 261 | |
dc.identifier.callno | LB1736.S973 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004451(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117315+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 16.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.