Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487989
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuslin Amir, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAfrinaldi (P76062)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:35:17Z-
dc.date.available2023-10-11T09:35:17Z-
dc.date.issued2019-05-09
dc.identifier.otherukmvital:117312
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487989-
dc.descriptionKajian ini mengkaji tahap kemampuan memori, tahap gaya embelajaran dan tahap pencapaian akademik pelajar. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat perbezaan, hubungan dan pengaruh ketiga-tiga pembolehubah (variable). Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan gabungan iaitu (explanatory mixed methodes disign) menerusi dua fasa. Adapun fasa pertama menggunakan pendekatan kuantitatif rekabentuk kajian melalui kajian tinjauan (cross sectional survey disigns) dengan menggunakan ujian, soal selidik dan dokumentasi. Untuk tujuan ini seramai 325 orang sampel pelajar telah dikaji menggunakan teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling) bagi pelajar tahun I dan II, teknik persampelan rawak (random sampling) bagi pelajar jurusan IPA dan IPS. Manakala pada fasa kedua rekabentuk kajian yang digunakan ialah kajian kes (case study) dengan menemu bual 12 orang pelajar dan 3 orang guru, pemilihan subjek merujuk kepada situasi sosial (social situation), pemilihan subjek dilakukan melalui teknik persampelan bertujuan (purposive samping). Hasil analisis MANOVA mendapati kemampuan memori jantina tidak wujud perbezaan, kelas dan jurusan wujud perbezaan. Gaya pembelajaran pada aspek: kompetitif: jantina, kelas dan jurusan wujud perbezaan, kolaboratif: jantina tidak wujud perbezaan, kelas dan jurusan wujud perbezaan, menghindar: jantina dan jurusan tidak wujud perbezaan, kelas wujud perbezaan, turut serta: jantina, kelas dan jurusan wujud perbezaan, bergantung: jantina, kelas wujud perbezaan, jurusan tidak wujud perbezaan, bebas: jantina, kelas dan jurusan wujud perbezaan. Pencapaian akademik: kelas dan jurusan tidak wujud perbezaan, jantina wujud perbezaan. Analisis korelasi pearson pula menunjukkan kemampuan memori berkorelasi dengan gaya pembelajaran pada aspek kompetitif, tidak berkorelasi dengan gaya pembelajaran pada aspek kolaboratif, menghindar, turut serta, bergantung dan bebas. Kemampuan memori tidak berkorelasi dengan pencapaian akademik. Aspek gaya pembelajaran kompetitif, kolaboratif, menghindar, turut serta, bergantung dan bebas tidak berkorelasi dengan pencapian akademik. Analisis regresi menunjukkan terdapat sumbangan kemampuan memori terhadap aspek gaya pembelajaran kompetitif 3.6%, menghindar 6%, turut serta 8%, bebas 14%, kolaboratif dengan bergantung tidak menyumbang. Terdapat sumbangan kemampuan memori dan aspek gaya pembelajaran terhadap pencapian akademik 18%. Secara umum dapatan kajian kualitatif mengokohkan dapatan kajian kuantitatif. Hasil kajian ini diharap dapat mengetengahkan amalan kemampuan memori dan gaya pembelajaran bagi mendapatkan pencapaian akademik pelajar yang lebih baik dimasa hadapan. Bagi guru boleh membuat rancangan pembelajaran yang menyenangkan sesuai tingkatan kemampuan memori pelajar dan disesuaikan dengan gaya pembelajarannya.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectMemory -- Malaysia
dc.subjectLearning ability
dc.subjectAcademic achievementc -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKemampuan memori dan gaya pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar
dc.typeTheses
dc.format.pages278
dc.identifier.callnoLB1063.A357 2019 tesis
dc.identifier.barcode004449(2019)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117312+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
163.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.