Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487984
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAmla Mohd Salleh, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMohd Sani Ismail (P39297)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:35:05Z-
dc.date.available2023-10-11T09:35:05Z-
dc.date.issued2011-01-13-
dc.identifier.otherukmvital:114729-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487984-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk melihat tahap kematangan kerjaya, tahap efikasi kendirin kerjaya dan penglibatan pelajar dalam program bimbingan dan kaunseling kerjaya. Kajian ini juga cuba meninjau samada pembolehubah tersebut dapat dikaitkan dengan pembolehubah-pembolehubah lain seperti jantina, bangsa, aliran atau jurusan pengajian, pencapaian akademik dan status sosioekonomi keluarga. Sampel kajian terdiri dari 1060 orang pelajar yang dipilih dengan kaedah persampelan rawak bersistematik dari 106 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Harian Biasa di negeri Terengganu. Kajian yang dijalankan secara tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik dan temubual. Soal selidik yang digunakan untuk memungut data mempunyai tiga skala kecil iaitu; (i) Maklumat biodata pelajar dan penglibatan pelajar dalam program bimbingan dan kaunseling kerjaya (ii) Inventori Kematangan Kerjaya dan (iii) Skala Efikasi Kendiri Kerjaya, yang telah disahkan. Nilai alpha bagi kematangan kerjaya ialah 0.92 dan nilai alpha bagi efikasi kendiri kerjaya ialah 0.95. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu peratusan, frekuensi, Ujiant, min dan sisihan piawai, manakala analisis inferensi seperti ANOVA dan regresi linear digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati bahawa secara umumnya tahap kematangan kerjaya dan tahap efikasi kendiri kerjaya pelajar berada pada tahap rendah dan sederhana. Bagaimanapun kematangan kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar didapati berbeza secara signifikan berdasarkan jantina, aliran atau jurusan pengajian, pencapaian akademik dan status sosioekonomi keluarga. Tetapi sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kematangan kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar berdasarkan faktor bangsa. Walaupun analisis regresi menunjukkan bahawa aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya menyumbang terhadap kematangan kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar. Laporan keseluruhan juga mendapati bahawa tahap kematangan kerjaya dan tahap efikasi kendiri kerjaya pelajar turut dipengaruhi oleh beberapa faktor lain seperti jantina, aliran atau jurusan pengajian, pencapaian akademik dan status sosioekonomi keluarga. Dapatan kajian ini mempunyai implikasi penting keatas usaha pembangunan aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya di sekolah.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCareer development-
dc.subjectVocational guidance-
dc.subjectCounseling-
dc.subjectSelf-efficacy-
dc.subjectMotivation-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKematangan kerjaya, efikasi kendiri kerjaya dan penglibatan pelajar dalam aktiviti program bimbingan dan kaunseling kejaya-
dc.typeTheses-
dc.format.pages575-
dc.identifier.callnoHF5381.M6285 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002401(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114729+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
41.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.