Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487978
Title: Pengurusan pelatihan dalam meningkatkan kompetensi guru, motivasi kerja guru dan amalan profesionalisme guru sekolah menengah pertama (SMP) di Provinsi Riau Indonesia
Authors: Sudirman As (G71945)
Supervisor: Norasmah Othman, Prof. Madya. Dr.
Keywords: High school teachers -- Training of -- Riau (Indonesia : Province)
Effective teaching -- Riau (Indonesia : Province)
Teachers|xTraining of -- Riau (Indonesia : Province)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Feb-2012
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengurusan pelatihan dalam meningkatkan amalan profesionalisme guru Sekolah Menengah Pertama (SMP) di Provinsi Riau. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi, motivasi kerja guru dan tahap amalan profesionalisme guru setelah mengikuti pelatihan guru yang dikendalikan oleh Lembaga Penjaminan Mutu Pendidikan (LPMP) Provinsi Riau Indonesia. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama bagi pengumpulan data. Sampel kajian terdiri daripada 280 orang guru yang telah mengikuti latihan yang dikendalikan oleh LPMP. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi menghuraikan secara menyeluruh tentang profil responden serta menjawab persoalan kajian. Statistik inferensi yang digunakan ialah ujian-t. Analisis Varians (Anova) dan korelasi Pearson r. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan proses pengurusan pelatihan guru yang dikendalikan oleh Lembaga Penjaminan Mutu Pendidikan (LPMP) Provinsi Riau, bagi tujuan meningkatkan profesionalisme guru sekolah menengah, adalah pada tahap yang tinggi atau baik sama ada dari aspek perancangan, pelaksanaan mahu pun dari aspek penilaian. Tahap kompetensi guru setelah mengikuti pelatihan juga pada tahap tinggi sama ada dari aspek kompetensi pedagogi, profesional, sosial, mahu pun kompetensi keperibadian. Tahap motivasi kerja guru setelah mengikuti pelatihan adalah pada tahap yang tinggi. Walau bagaimanapun tahap amalan profesionalisme guru di sekolah setelah mengikuti pelatihan guru adalah pada tahap sederhana. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kompetensi guru setelah mengikuti pelatihan sama ada dari aspek kompetensi pedagogi, profesional, sosial, mahu pun kompetensi keperibadian berdasarkan aspek jantina, umur, dan tempoh perkhidmatan, kecuali pada tahap pendidikan terdapat perbezaan yang signifikan. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap motivasi kerja guru setelah mengikuti pelatihan berdasarkan umur, jantina, tahap pendidikan, dan tempoh berkhidmat. Selanjutnya juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan profesionalisme guru setelah mengikuti pelatihan berdasarkan umur, jantina dan tempoh perkhidmatan, kecuali pada tahap pendidikan terdapat perbezaan yang signifikan. Selain daripada itu, terdapat hubungan yang signifikan dan positif serta kuat antara kompetensi guru dengan amalan profesionalisme guru di sekolah. Akhir sekali, kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan, positif serta kuat antara motivasi kerja guru dengan amalan profesionalisme guru di sekolah. Ini bermakna bahawa semakin baik pengurusan pelatihan, maka semakin tinggi kompetensi dan motivasi kerja guru dan semakin baik pula amalan profesionalisme guru SMP atau sebaliknya.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 291
Call Number: LB1777.4.I5A849 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114497+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.