Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487977
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Aishah Buang, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorIsteti Murni (P35151)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:34:56Z-
dc.date.available2023-10-11T09:34:56Z-
dc.date.issued2012-05-18-
dc.identifier.otherukmvital:114472-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487977-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pemikiran keusahawanan dan tingkah laku keusahawanan dengan kesediaan mengenal peluang perniagaan dalam kalangan pelajar IPTdi Padang, Sumatera Barat Indonesia. Pemikiran keusahawanan mengukur pemerhatian persekitaran, menjana idea, menilai idea dan pelaksanaan idea. Tingkah laku keusahawanan pula melihat inisiatif di sekolah, inisiatif di universiti dan inisiatif mengumpulkan modal perniagaan. Sebanyak dua IPTA dan dua IPTS telah dilibatkan dalam kajian ini. Responden kajian dipilih secara rawak berstrata terdiri daripada 1105 orang pelajar dari semester empat hingga semester lapan. jurusan sains tulen, jurusan kejuruteraan dan jurusan sains sosial. Kajian ini menggunakan soal-selidik sebagai instrumen utama dan protokol temu bual untuk mendapatkan maklumat tambahan. Hasil analisis mendapati pemikiran keusahawanan, tingkah laku keusahawanan dan kesediaan mengenal peluang dalam kalangan pelajar IPT adalah pada tahap sederhana tinggi. Keputusan pekali korelasi menunjukkan wujudnya hubungan yang positif pada kekuatan yang rendah dimensi pemerhatian, penilaian idea dan pelaksanaan idea (dimensi dalam pemboleh ubah pemikiran keusahawanan) dan wujudnya hubungan yang positif pada kekuatan yang sederhana pada semua dimensi pemboleh ubah tingkah laku keusahawanan. Analisis regresi berganda menggunakan kaedah "stepwise" mendapati pemikiran keusahawanan dan tingkah laku keusahawanan memberi sumbangan secara signifikan terhadap kesediaan mengenal peluang perniagaan, dengan inisiatif di universiti dan penilaian idea memberi sumbangan yang paling besar berbanding pembolehubah lain. Kajian memberi implikasi bahawa pembudayaan pemikiran dan tingkah laku keusahawanan dalam kalangan pelajar merupakan faktor penting yang perlu diambil kira untuk melahirkan usahawan bertahap inovatif. Kajian ini akhirnya mencadangkan supaya kajian serupa dengan sampel pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian lain di Indonesia dilakukan untuk membuat perbandingan.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEntrepreneurship -- Education (Higher) -- Sumatra (Indonesia)-
dc.subjectBusiness education -- Sumatra (Indonesia)-
dc.subjectEntrepreneurship -- Study and teaching -- Sumatra (Indonesia)-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePemikiran dan tingkah laku keusahawanan dalam mengenal peluang perniagaan dalam kalangan pelajar IPT di Padang Sumatera Barat Indonesia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages295-
dc.identifier.callnoLC67.68.I5I855 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002285(2012); 002581(2012)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114472+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
26.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.