Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487970
Title: | Penilaian keberkesanan program latihan dalam perkhidmatan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mata pelajaran Sains |
Authors: | Natrah Mohamad (P73652) |
Supervisor: | Jamil Ahmad, Dr. |
Keywords: | Science -- Study and teaching (Secondary) Thought and thinking Cognitive learning Educational tests and measurements Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Mar-2019 |
Description: | Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi mata pelajaran Sains sekolah menengah. Penilaian program latihan ini menggunakan gabungan Model Penilaian Empat Aras Kirkpatrick dan Model Pemindahan Latihan Baldwins'. Reka bentuk kajian adalah pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan rentas silang. Instrumen kajian ialah soal selidik penilaian latihan terdiri daripada aras reaksi, pembelajaran dan tingkah laku diadaptasi daripada kajian-kajian lepas dan tinjauan literatur. Sampel kajian terdiri daripada 748 orang guru sekolah menengah yang mengajar mata pelajaran Sains termasuk Fizik Kimia dan Biologi. Teknik persampelan adalah rawak berstrata. Data dinalisis menggunakan program SPSS Window versi 22.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, skor min, sisihan piawai, ujian t dan Regresi Berganda. Manakala perisian PROCESS digunakan untuk analisis kesan pengantara dan penyederhana pemboleh ubah efikasi-kendiri dan bimbingan rakan sebaya. Dapatan kajian bagi penilaian reaksi secara keseluruhan berada pada tahap tinggi. Penilaian tahap pengetahuan , kemahiran dan tingkah laku secara keseluruhan adalah pada tahap sederhana sahaja. Namun, penilaian tahap sikap guru berada pada tahap tinggi. Perbandingan tahap reaksi, pengetahuan kemahiran dan sikap terhadap latihan dalam perkhidmatan KBAT menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan lokasi. Analisis regresi berganda stepwise mendapati tiga pemboleh ubah bebas (reaksi) menyumbang kepada tahap pengetahuan guru. Sementara dua pemboleh ubah bebas reaksi menyumbang kepada tahap kemahiran guru. Bagi pemboleh ubah bersandar sikap, dua pemboleh ubah bebas reaksi menyumbang kepada tahap sikap guru untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah. Sebanyak empat daripada pemboleh ubah bebas pengetahuan menyumbang kepada tahap tingkah laku guru, lima pemboleh ubah bebas kemahiran menyumbang kepada tahap tingkah laku sementara dua daripada empat pemboleh ubah bebas sikap menyumbang kepada tahap tingkah laku guru. Efikasi-kendiri hanya mengantara sebahagian hubungan antara pembelajaran dengan tingkah laku dengan nilai yang kecil. Bimbingan rakan sebaya menyederhanakan hubungan antara pengetahuan dengan tingkah laku secara negatif signifikan. Kesan penyederhanaan negatif signifikan juga ditunjukkan oleh bimbingan rakan sebaya terhadap hubungan antara kemahiran dengan tingkah laku. Sebaliknya bimbingan rakan sebaya tidak menyederhanakan hubungan antara sikap dengan tingkah laku. Dapatan analisis soalan terbuka menunjukkan kekangan yang dihadapi guru dalam latihan ini adalah tempoh masa latihan yang singkat, aktiviti latihan dalam bentuk hands on kurang, latihan terlalu umum, penyampaian juru latih utama sekolah kurang berkesan, bahan pembelajaran tentang KBAT kurang dan kebolehcapaian internet terhad. Implikasi dapatan kajian mencadangkan supaya program ini diteruskan dengan penambahbaikan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku guru tentang KBAT dari aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran KBAT.,Ph.D. |
Pages: | 448 |
Call Number: | Q181.N348 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_113167+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 20.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.