Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487969
Title: | Sokongan persekitaran dan keterlibatan pelajar dalam meningkatkan kemahiran insaniah di pelbagai sekolah menengah di Malaysia |
Authors: | Irwan Fariza Sidik (P74226) |
Supervisor: | Mohd. Mahzan Awang, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Affective education Academic achievement -- Psychological aspects School environment -- Psychological aspects Educational psychology Motivation in education Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Jul-2019 |
Description: | Kajian ini bertujuan mengenal pasti aspek sokongan persekitaran dan keterlibatan pelajar dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar pelbagai jenis sekolah. Sokongan persekitaran merujuk kepada sokongan guru, sokongan rakan sebaya dan sokongan ibu bapa. Keterlibatan pelajar melihat aspek pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, aktiviti sosial di sekolah dan aktiviti pelajar dari aspek kokurikulum, komuniti setempat dan komuniti maya. Kemahiran insaniah berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran sosial dan interpersonal, kemahiran memimpin dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik yang melibatkan 1600 pelajar tingkatan 4 dari empat jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan sekolah berasrama penuh (SBP) mengikut zon iaitu zon utara, zon selatan, zon tengah dan zon timur semenanjung Malaysia. Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 24 digunakan untuk menganalisis data. Dalam kajian ini, analisis deskriptif dan inferensi iaitu frekuensi, peratusan, skor min, sisihan piawai, MANOVA dan regresi berganda. Hasil kajian rintis menggunakan analisis Cronbach Alpha bagi semua konstruk adalah berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu di antara 0.896 hingga 0.965. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan tahap sokongan persekitaran (min = 3.603 dan sp = 0.437), keterlibatan pelajar (min = 3.560 dan sp = 0. 539) dan kemahiran insaniah pelajar (3.597 dan sp = 0.518) masing-masing berada pada tahap sederhana tinggi. Rumusan dapatan kajian analisis MANOVA bagi konstruk sokongan persekitaran, keterlibatan pelajar dan kemahiran insaniah berdasarkan jantina, etnik, jenis sekolah dan status sosio-ekonomi pelajar, kesemuanya menunjukkan perbezaan yang signifikan. Kesemua hipotesis nol adalah ditolak. Analisis regresi berganda menggunakan kaedah stepwise mendapati sokongan persekitaran dan keterlibatan pelajar mempunyai korelasi serta terdapat sumbangan yang signifikan terhadap kemahiran insaniah pelajar. Kajian juga menunjukkan faktor demografi dan sokongan persekitaran merupakan elemen penting terhadap keterlibatan pelajar serta mempunyai hubungan dengan kemahiran insaniah pelajar. Implikasi kajian memberi makna guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan membentuk pembelajaran kendiri pelajar. Ini merupakan satu tindakan dalam usaha untuk meningkatkan sokongan rakan sebaya pelajar. Dalam pada itu, pihak sekolah perlu mengadakan program intervensi dengan melibatkan ibu bapa dan komuniti. Ini dapat meningkatkan sokongan ibu bapa sebagai usaha menggalakkan keterlibatan pelajar di sekolah dan seterusnya memupuk serta meningkatkan kemahiran insaniah pelajar yang menjadi isu masa kini.,Ph.D. |
Pages: | 414 |
Call Number: | LB1072.I798 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_113166+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.