Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487965
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nik Muhammad Rahimi Nik Yusof, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Hamizul Mahmud (P62683) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:45Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:45Z | - |
dc.date.issued | 2019-10-07 | |
dc.identifier.other | ukmvital:113161 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487965 | - |
dc.description | Penguasaan kosa kata bahasa Arab adalah sebahagian dari masalah yang sering dihadapi dalam pendidikan menengah, khususnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Kajian lepas mendapati bahawa permasalahan tersebut berpunca dari penguasaan pelajar dalam kosa kata bahasa Arab. Kajian lepas juga mendapati bahawa permainan dalam talian berpotensi meningkatkan penguasaan kosa kata. Oleh yang demikian, dalam menyelesaikan masalah tersebut, kajian ini telah membangunkan prototaip permainan dalam talian kosa kata bahasa Arab (PATBA) dan menilai prototaip tersebut dalam meningkatkan penguasaan kosa kata di kalangan pelajar SMKA. Metodologi kajian ini terbahagi kepada dua fasa, iaitu fasa pembangunan dan fasa penilaian. Bagi fasa pembangunan, reka bentuk dan pembangunan PATBA di bangun menggunakan model ADDIE dengan menerapkan teori pembelajaran kosa kata, teori kognitif pembelajaran multimedia dan teori pembelajaran berasaskan permainan digital. Bagi fasa penilaian pula, PATBA dinilai dari aspek kandungan, aspek bahasa, aspek persembahan dan aspek elemen permainan dengan menggunakan kaedah eksperimen. Pengujian keberkesanan pula dinilai dari aspek pencapaian pelajar yang menggunakan PATBA berbanding dengan pelajar yang diajar dengan kaedah tradisional (nahu terjemahan). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik, protokol temu bual, ujian pencapaian dan perisian PATBA. Pemilihan responden dilakukan dengan kaedah sampel bertujuan yang terdiri daripada 64 pelajar SMKA. Dengan menggunakan kaedah eksperimen, responden dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (yang menggunakan PATBA) dan kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Dapatan kajian bagi ujian alpha dan ujian beta bagi prototaip PATBA menunjukkan bahawa tahap min penilaian oleh pakar dan pengguna akhir bagi aspek kandungan, aspek bahasa, aspek persembahan dan aspek elemen permainan adalah tinggi. Dapatan kajian bagi penilaian PATBA oleh responden juga mendapati tahap min penilaian bagi aspek kandungan, aspek persembahan dan aspek elemen permainan adalah tinggi. Dalam ujian keberkesanan, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara pencapaian kumpulan rawatan dengan pencapaian kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah memperoleh pencapaian yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan bagi kosa kata pada peringkat perkataan, frasa, ayat dan keseluruhan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan permainan dalam talian berupaya meningkatkan pencapaian murid dalam kursus bahasa Arab khusunya dalam penguasaan kosa kata. Dapatan kajian juga telah menunjukkan bahawa prototaip yang telah dibangunkan, PATBA boleh digunakan sebagai bahan pembelajaran untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Arab. Secara keseluruhannya, kajian ini telah menunjukkan bahwa pendekatan pembelajaran berasaskan permainan secara dalam talian berupaya membantu mengukuhkan penguasaan bahasa Arab pelajar, meningkatkan minat dan motivasi pelajar peringkat menengah.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Arabic language -- Vocabulary | |
dc.subject | Arabic language -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia | |
dc.subject | Interactive computer systems | |
dc.subject | Computer games | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembangunan dan keberkesanan permainan dalam talian kosa kata bahasa Arab di SMKA | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 234 | |
dc.identifier.callno | PJ6166.H339 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004235(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_113161+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.