Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487959
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Liong Kon Thai (P82912) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:40Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:40Z | - |
dc.date.issued | 2019-05-16 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110163 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487959 | - |
dc.description | Pencapaian Matematik merupakan salah satu kriteria yang diambil kira untuk keperluan melanjutkan pelajaran, permohonan kerjaya dan aplikasi dalam aktiviti harian kita. Analisis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) matematik beberapa tahun yang lalu menunjukkan pencapaian matematik Murid Berkeperluan Khas (MBK) kurang upaya pendengaran masih lemah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap faktor ibu bapa, guru, pentadbir sekolah, ciri-ciri murid dan penguasaan kemahiran matematik terhadap pencapaian matematik MBK kurang upaya pendengaran. Kajian ini turut mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah yang menyumbang secara signifikan kepada pencapaian matematik MBK kurang upaya pendengaran. Di samping itu, kajian ini juga menerokai kekangan guru mengajar matematik dan kemudahan untuk keperluan pembelajaran matematik MBK kurang upaya pendengaran. Kaedah gabungan penjelasan berturutan (mix method sequential explanatory) digunakan. Instrumen kajian ialah soal selidik, ujian sumatif matematik dan protokol temu bual. Responden kajian terdiri daripada 195 orang MBK kurang upaya pendengaran Tahun 4, 5 dan 6, 195 orang ibu bapa, 40 orang guru, dan 36 orang pentadbir sekolah daripada lapan belas buah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) program kurang upaya pendengaran di seluruh Malaysia. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, regresi berganda dan naratif transkripsi temu bual. Dapatan kajian mendapati tahap faktor ibu bapa dan ciri-ciri murid terhadap pencapaian matematik MBK kurang upaya pendengaran adalah pada tahap sederhana manakala faktor guru dan pentadbir sekolah terhadap pencapaian matematik MBK kurang upaya pendengaran adalah pada tahap tinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan murid belum menguasai kemahiran matematik secara keseluruhannya. Faktor ibu bapa, ciri-ciri murid dan penguasaan kemahiran matematik murid telah memberi sumbangan signifikan (p<0.05) kepada pencapaian matematik MBK kurang upaya pendengaran. Justeru, dapatan kajian ini telah memberi satu sumber rujukan kepada ibu bapa, guru, pentadbir sekolah dan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam meningkatkan pencapaian matematik MBK kurang upaya pendengaran.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Students with disabilities | - |
dc.subject | Deaf students | - |
dc.subject | Mathematics -- Study and teaching | - |
dc.subject | Hearing impaired students | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik Murid Berkeperluan Khas kurang upaya pendengaran | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 560 | - |
dc.identifier.callno | LB2864.2.L536 2019 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110163+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.