Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487955
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jamil Ahmad, Dr. | - |
dc.contributor.author | Sharida Hanim Haji Sarif (P53886) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:37Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:37Z | - |
dc.date.issued | 2019-04-26 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:109500 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487955 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk menilai pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Inggeris di sekolah rendah dalam mencapai matlamat untuk melahirkan murid sekolah rendah menguasai kemahiran bahasa Inggeris. Kajian ini mengaplikasikan Model CIPP oleh Stufflebeam (1971) yang menumpukan komponen input, proses, dan produk. Input sumber manusia meliputi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan guru Bahasa Inggeris (GBI), diikuti oleh sumber bukan manusia berkaitan (i)kecukupan masa, kemudahan, dan bahan-bahan pengajaran, (ii) kekerapan penggunaan kemudahan dan bahan-bahan pengajaran, (iii) keperluan kursus oleh GBI, dan (iv) kesan menghadiri kursus pembangunan profesionalisme. Seterusnya penilaian proses pelaksanaan pula melibatkan aspek perancangan, penyampaian dan penilaian. Selain itu, penilaian produk dalam kajian ini menilai tahap kemahiran bahasa Inggeris murid Tahap Satu iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kajian ini melibatkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif yang menggunakan soal selidik, protokol temu bual separa struktur serta borang pemerhatian sebagai instrumen. Seramai 498 orang dalam kalangan GBI dari sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT) di negeri Selangor telah menjadi sampel bagi kajian tinjauan, dan seramai 12 orang menjadi responden temu bual yang turut dijalankan pemerhatian ke atas pengajaran dan PdP mereka. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferens, manakala data temu bual dan pemerhatian dianalisis bagi mendapatkan pola dan tema. Dapatan kajian bagi komponen input sumber manusia menunjukkan bahawa pengetahuan, kemahiran dan sikap GBI berada pada tahap tinggi, manakala kepercayaan GBI pada tahap sangat tinggi. Namun begitu, input sumber bukan manusia pula berada pada tahap sederhana bagi aspek kecukupan masa dan kemudahan, tetapi berada pada tahap tinggi bagi kekerapan penggunaan bahan-bahan pengajaran, keperluan kursus dan kesan daripada kursus pembangunan profesionalisme yang dihadiri. Dapatan bagi komponen proses pula mendapati proses perancangan, penyampaian dan penilaian yang dilaksanakan oleh GBI berada pada tahap tinggi. Namun, dapatan kajian terhadap komponen produk menunjukkan kemahiran bahasa Inggeris murid hanya berada pada tahap sederhana. Terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi proses pelaksanaan PdP BI mengikut jenis sekolah dan produk PdP BI mengikut jenis serta lokasi sekolah. Oleh itu, pemboleh ubah seperti penyampaian struktur modular, pengetahuan pedagogi kandungan dan kecukupan masa merupakan peramal dan penyumbang terhadap penguasaan kemahiran bahasa Inggeris murid. Secara keseluruhannya, pelaksanaan program PdP BI di sekolah rendah adalah relevan dan perlu diteruskan. Namun begitu, pemboleh ubah yang relevan perlu diteliti supaya penambahbaikan berterusan dapat dijalankan agar matlamat PdP BI yang dihasratkan dapat dicapai.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | English language -- Study and teaching (Primary) | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 345 | - |
dc.identifier.callno | LB1528.S533 2019 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109500+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.15 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.