Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487953
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jamaludin Badusah, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohamad Nik Mat Pelet (P83595) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:36Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:36Z | - |
dc.date.issued | 2019-07-02 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:109132 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487953 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi guru Bahasa Melayu di sekolah murid Orang Asli berkaitan dengan kesesuaian dan meninjau pelaksanaan kemahiran membaca Bahasa Melayu yang terdapat dalam Kurikulum Asli Penan (KAP), di samping kebolehan membaca dan faktor mempengaruhi kesulitan membaca murid Orang Asli. Kajian kes kualitatif ini melibatkan lima orang peserta kajian yang dipilih secara pensampelan bertujuan daripada tiga buah sekolah Orang Asli di negeri Pahang. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstuktur, pemerhatian terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru dan penglibatan murid serta analisis dokumen termasuk nota lapangan kajian. Data yang diperoleh dianalisis secara manual dengan menggunakan perisian Nvivo11. Data juga dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran membaca Bahasa Melayu yang terdapat dalam KAP sesuai dan relevan dari segi penerapan elemen latar belakang masyarakat Orang Asli dalam kemahiran membaca, di samping bilangan kemahiran yang dipermudahkan serta dibina secara berperingkat untuk dilaksanakan dalam PdPc kemahiran membaca Bahasa Melayu murid Orang Asli. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelaksanaan PdPc kemahiran membaca Bahasa Melayu yang terdapat dalam KAP tidak dilaksanakan secara konsisten di sekolah murid Orang Asli. Guru Bahasa Melayu di sekolah murid Orang Asli lebih kerap menggunakan kurikulum lain seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) termasuk instrumen Literasi dan Numerasi (LINUS) dalam melaksanakan PdPc kemahiran membaca Bahasa Melayu. Justeru, kajian ini mendapati kebolehan membaca murid Orang Asli masih lemah. Murid Orang Asli masih tidak menguasai kemahiran asas membaca termasuk mengenal bentuk huruf, menyebut bunyi huruf dan suku kata. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa murid Orang Asli tidak lancar membaca ayat dan lemah dalam mentafsir makna ayat. Masalah kebolehan membaca dalam kalangan murid Orang Asli dipengaruhi beberapa faktor seperti faktor keupayaan murid Orang Asli sendiri, faktor guru, faktor prasarana dan faktor sokongan. Implikasi dan cadangan kajian lanjutan dalam pelaksanaan KAP dan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid Orang Asli turut dikemukakan. Penemuan akhir kajian ini telah mencadangkan satu garis panduan PdPc kemahiram membaca Bahasa Melayu KAP dan sebuah Model PdPc Kemahiran Membaca Bahasa Melayu KAP yang dapat dijadikan panduan kepada guru Bahasa Melayu untuk mengajar kemahiran membaca yang terdapat dalam KAP, di samping meningkatkan tahap penguasaan murid Orang Asli dalam kemahiran membaca Bahasa Melayu.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Malay language -- Study and teaching | - |
dc.subject | Indigenous peoples -- Education -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kesesuaian dan pelaksanaan Kurikulum Asli Penan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan membaca bahasa Melayu | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 507 | - |
dc.identifier.callno | PL5070.M843 2019 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109132+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.11 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.