Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487951
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamaludin Badusah, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorLayang Ugek (P63685)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:34:34Z-
dc.date.available2023-10-11T09:34:34Z-
dc.date.issued2018-09-14-
dc.identifier.otherukmvital:108415-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487951-
dc.descriptionKajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka pelaksanaan pengajaran literasi bahasa Melayu, di samping mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh guru dalam usaha meningkatkan prestasi akademik murid-murid Penan di Sarawak. Perkara utama yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah proses pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dari segi pengaplikasian strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan harapan menghasilkan garis panduan pelaksanaan pengajaran literasi bahasa Melayu tahap 2 khasnya kepada sekolah-sekolah Penan. Selain itu, penekanan kepada kefahaman guru terhadap sukatan pelajaran bahasa Melayu tahap 2 dan Kurikulum Orang Asli-Penan (KAP) juga diberi tumpuan. Seramai lima orang guru bahasa Melayu yang mengajar tahap 2 di dua buah sekolah Penan di Sarawak dipilih sebagai responden temu bual kajian ini iaitu sebuah sekolah di Daerah Belaga dan sebuah di Daerah Baram. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik pensampelan bertujuan. Instrumen kajian terdiri daripada temu bual semi struktur dan disokong oleh data pemerhatian, catatan nota lapangan serta analisis dokumen. Secara keseluruhan, kajian pemerhatian dilaksanakan sebanyak 25 kali, temu bual dan analisis dokumen masing-masing 15 kali yang dilakukan dalam tempoh lebih kurang 10 bulan. Proses kesahan dan kebolehpercayaan data kajian dinilai melalui kajian rintis, riangulasi data, semakan rakan sebaya, persetujuan peserta kajian, pemerhatian yang lama di lapangan, jejak audit, bias pengkaji, serta berasaskan nilai indeks persetujuan Cohen Kappa oleh tiga orang panel pakar, iaitu 0.87. Data hasil kajian dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti versi 7.5.18 dan seterusnya dipersembahkan dalam bentuk naratif. Hasil kajian mendapati pengajaran guru pada setiap seminggu mempunyai proses pengajaran yang berstruktur. Pengajaran berstruktur bukan sahaja memudahkan guru membuat perancangan dan persediaan mengikut tahap pencapaian murid, malah kaedah ini dapat membantu murid-murid mengetahui dengan lebih awal kemahiran-kemahiran yang akan mereka pelajari. Walau bagaimanapun, peserta kajian menyatakan bahawa terdapat pelbagai kekangan dalam usaha meningkatkan prestasi akademik murid murid Penan sama ada daripada murid-murid itu sendiri mahupun ibu bapa yang masih tidak mementingkan pelajaran. Di samping itu, kajian juga mendapati bahawa guru memahami isi kandungan sukatan pelajaran bahasa Melayu dan Kurikulum Orang Asli-Penan sebagai asas membuat perancangan pengajaran dengan berkesan kepada murid-murid Penan. Adalah menjadi harapan dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk melaksanakan pengajaran bahasa Melayu khususnya kepada guru-guru tahap 2 di sekolah pedalaman.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMalay language -- Study and teaching -- Malaysia-
dc.subjectLiteracy -- Study and teaching -- Malaysia-
dc.subjectPenan (Bornean people) -- Social conditions-
dc.subjectPenan (Bornean people) -- Social life and customs-
dc.subjectSarawak (Malaysia) -- Social life and customs-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titlePelaksanaan pengajaran literasi bahasa Melayu dalam kalangan guru di sekolah Penan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages490-
dc.identifier.callnoPL5105.L349 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003898(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108415+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.