Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487949
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Razaq Ahmad, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Samni Suraji (P63208) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:32Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:32Z | - |
dc.date.issued | 2018-09-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:108414 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487949 | - |
dc.description | Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen bagi mengenalpasti keberkesanan Modul Fun Learning Sejarah (MFLS) dalam meningkatkan minat, pengetahuan asas sejarah yang berkaitan dengan sejarah diri, keluarga dan komuniti, sejarah asas kenegaraan dan warisan budaya bangsa. Selain daripada itu juga, kajian ini turut meninjau keberkesanan modul tersebut terhadap patriotisme dan etika kewarganegaraan. Modul Fun Learning Sejarah ini adalah menggabungkan kaedah Fun Learning dengan sukatan kandungan mata pelajaran sejarah bagi murid prasekolah berbentuk integrated yang mengandungi 15 modul utama yang dijalankan dalam tempoh 12 minggu. Sampel kajian melibatkan 100 orang murid daripada empat buah prasekolah iaitu 50 orang kanak-kanak bagi dua kelas rawatan dari dua buah prasekolah manakala 50 orang lagi dari dua kelas kumpulan dari dua buah prasekolah di daerah Kuching, Sarawak. Hasil kajian rintis menunjukkan keseluruhan item bagi semua konstruk berdasarkan analisis Cronbach Alfa berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi di antara 0.82 hingga 0.91. Analisis data menggunakan SPSS 22.0 yang melibatkan analisis deskriptif dan inferensi manakala kaedah pemerhatian dan temubual turut digunakan bagi mempelbagaikan hasil dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan rawatan yang menggunakan kaedah MFLS dengan kumpulan kawalan bagi aspek minat, pengetahuan, patriotisme dan etika kewarganegaraan. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan dan sumbangan yang signifikan aspek minat dan pengetahuan terhadap patriotisme dan etika kewarganegaraan. Dapatan analisis pemerhatian juga menunjukkan murid-murid prasekolah dalam kelas rawatan yang menggunakan kaedah MFLS lebih terlibat secara aktif dan positif berbanding dengan kumpulan kawalan. Bagi analisis temubual guru juga menunjukkan bahawa guru-guru bersetuju pengajaran berasaskan MFLS mampu meningkatkan pengetahuan asas sejarah yang berkaitan dengan sejarah diri, keluarga dan komuniti, sejarah asas kenegaraan dan warisan budaya bangsa dan patriotisme serta etika kewarganegaraan dalam kalangan murid prasekolah. Implikasi kajian membuktikan bahawa Modul Fun Learning Sejarah (MFLS) amat berkesan dalam meningkatkan pengetahuan dan penghayatan sejarah dalam membentuk jati diri murid sebagai warganegara Malaysia sejak awal usia lagi serta sewajarnya diperluaskan perlaksanannya di pelbagai peringkat prasekolah di Malaysia,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Education | - |
dc.subject | Preschool -- Activity programs | - |
dc.subject | Creative activities and seat work | - |
dc.subject | Form perception in children | - |
dc.subject | Teaching -- Aids and devices | - |
dc.subject | Activity programs in education | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Keberkesanan Modul Fun Learning Sejarah (MFLS) dalam meningkatkan minat, pengetahuan, patriotisme dan kewarganegaraan dalam kalangan murid pra sekolah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 243 | - |
dc.identifier.callno | LB1140.S239 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003897(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108414+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.