Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487948
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamil Ahmad, Dr.-
dc.contributor.authorWahyu Hidayat (P78095)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:34:31Z-
dc.date.available2023-10-11T09:34:31Z-
dc.date.issued2018-04-09-
dc.identifier.otherukmvital:108413-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487948-
dc.descriptionKementerian Pendidikan Indonesia telah menjadikan pendidikan karakter bangsa menjadi bahagian yang terintegrasi dengan kurikulum 2013, namun guru mengalami kesukaran dalam mengukur karakter bangsa pelajar disebabkan tidak disediakannya instrumen yang standard dari segi ciri-ciri psikometri oleh Kementerian Pendidikan Indonesia. Kajian ini bertujuan membina dan mengesahkan inventori karakter bangsa (IKB) untuk diuji kepada pelajar tingkatan dua sekolah menengah atas (SMA). Kajian ini berasaskan teori nilai keutamaan dan kekuatan karakter yang dikombinasikan dengan teori lain. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data hasil kajian terbahagi menjadi dua iaitu data kualitatif yang dianalisis secara tematik analis dan data kuantitatif dianalisis dengan analisis faktor penerokaan menggunakan program SPSS Versi 23 dan analisis pengukuran model Rasch menggunakan program WINSTEPS Versi 3.00. Berdasarkan temu bual dan kajian literatur, pengkaji mendapati saranan daripada pakar bagi penambahan ciri-ciri aspek karakter bangsa dalam IKB. Untuk mencapai objektif kajian, proses pembinaan instrumen melibatkan tiga peringkat iaitu (i) peringkat mereka bentuk, (ii) peringkat menulis item, (iiii) peringkat pengesahan. Pada peringkat pertama, temu bual mendalam dijalankan ke atas lima orang pakar. Kelima-lima orang pakar tersebut mewakili kepakaran dalam konteks pendidikan karakter bangsa. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendapatkan saranan mengenai aspek-aspek IKB dan ciri-ciri setiap konstruk IKB. Kemudiannya, pengkaji meminta persetujuan panel pakar seramai 14 orang dengan kaedah Fuzzy Delphi bagi menentukan ciri-ciri setiap konstruk. Berdasarkan konstruk dan ciri-ciri konstruk ini, jadual spesifikasi instrumen dibina. Peringkat kedua proses pembinaan instrumen melibatkan penulisan item-item sesuai dengan jadual spesifikasi. Bagi mendapatkan item-item yang sesuai dengan kesahan kandungan dan kesahan muka diperlukan semakan daripada tujuh orang pakar dalam bidang pengukuran dengan 186 item. Pelajar dan guru bahasa menyemak IKB dari segi bahasa dan frasa ayat. Kajian rintis dilakukan dan telah menggugurkan sebanyak 30 item sehingga 156 item telah dipilih untuk peringkat pengesahan seterusnya. Peringkat ketiga proses pengesahan konstruk pula terbahagi dalam dua ujian. Ujian pertama melibatkan seramai 800 pelajar. Ujian ini merupakan analisis faktor penerokaan (EFA) mengekalkan 81 item daripada 18 konstruk. Analisis pengukuran model Racsh dilakukan pada ujian kedua dengan melibatkan seramai 550 pelajar. Indeks kesesuaian item menunjukkan nilai outfit MNSQ antara 0.75 hingga 1.34. Nilai Eigen ukuran melebihi 20% bagi mengukur unidimensionaliti. Polariti item IKB antara 0.49 hingga 0.85. Nilai indeks pemisahan stratum melebihi dua. Indeks kebolehpercayaan item dan individu ≥ 0.7. Semua item IKB tidak didapati bias, di mana nila probabiliti DIF di bawah 0.05. Pada skala kalibrasi rating, skala perlu dirangkumkan menjadi tiga skala. IKB dapat diguna pakai bagi mengukur pendidikan karakter bangsa pelajar khsusus di wilayah Sulawesi Selatan.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEducation -- Aims and objectives -- Indonesia-
dc.subjectEducation and state -- Indonesia-
dc.subjectNational characteristics-
dc.subjectIndonesian-
dc.subjectEducational psychology -- Indonesia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembinaan dan pengesahan inventori karakter bangsa pelajar sekolah menengah atas-
dc.typeTheses-
dc.format.pages387-
dc.identifier.callnoLC94.I5H536 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003896(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108413+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
14.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.