Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487945
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Razak Ahmad, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Norazrine Abdul Tahar @ Ariffin (P63728) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:27Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:27Z | - |
dc.date.issued | 2018-12-11 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:108336 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487945 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap dorongan persekitaran sosial persekitaran sosial, kecenderungan dan motif penglibatan belia dalam aktiviti kesukarelawan belia pelbagai etnik di Malaysia dan sejauhmana aspek-aspek tersebut memberi kesan kepada amalan nilai patriotism. Belia dalam kajian ini terdiri daripada 1400 orang belia yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan. Aspek-aspek yang dikaji bagi setiap konstruk dalam kajian ini adalah berlandaskanTeori Sistem Ekologi (Bronfenbrenner, 2005), Teori Modal Sosial (Putnam, 2000), Volunteer Function Inventory (Clary, 1998) dan Modal Patriotisme (KPM, 2000).Hasil kajian rintis keseluruhan item dalam kesemua konstruk berdasarkan analisis Cronbach Alpha berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi antara 0.893 hingga 0.956. Data yang dipungut dianalisis menggunakan SPSS versi 22.0 yang memfokuskan kepada analisis deskripif dan inferensi. Hasil dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap dorongan persekitaran sosial, kecenderungan dalam aktiviti kesukarelawan, motif penglibatan sukarelawan dan amalan nilai berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil analisis MANOVA dua hala pula menunjukkan sebahagiannya terdapat perbezaan yang signifikan dan kesan interaksi bagi aspek dorongan persekitaran sosial, kecenderungan dalam aktiviti kesukarelawan, motif penglibatan sukarelawan dan amalan nilai patriotisme berdasarkan jantina, etnik dan kelulusan akademik. Hasil analisis regresi berganda pula menunjukkan terdapat sumbangan dari aspek kecenderungan dalam aktiviti kesukarelawan, dorongan persekitaran sosial dan motif penglibatan sukarelawan. Kajian ini memberi implikasi kepada pembuat polisi dan pertubuhan bukan kerajaan untuk merencanakan kepelbagaian aktiviti yang berupaya membina persekitaran yang menyokong untuk kegiatan kesukarelawanan.Kajian ini memberi sumbangan kepada Teori Sistem Ekologi menerusi penglibatan dalam kegiatan secara sukarela. Aspek penglibatan secara sukarela adalah elemen yang akan mengukuhkan ikatan bonding dan bridging sepertimana yang diketengahkan dalam modal sosial. Kajian ini mencadangkan satu kerangka kegiatan kesukarelawanan yang lebih mantap dan padu.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Voluntarism | - |
dc.subject | Patriotism | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Dorongan persekitaran sosial, kecenderungan dan motif penglibatan belia dalam aktiviti sukarelawan berstruktur serta sumbangannya kepada amalan nilai patriotisme | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 205 | - |
dc.identifier.callno | HN49.V64N673 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003887(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108336+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.