Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487944
Title: Pembinaan instrumen kompetensi guru pelatih dalam pentaksiran bilik darjah
Authors: Zahari Suppian (P64730)
Supervisor: Jamil Ahmad, Dr.
Keywords: Educational evaluation
Student teachers
Teachers -- Training of
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Nov-2018
Description: Kajian ini dijalankan untuk membina instrumen mengukur tahap kompetensi guru pelatih dalam pentaksiran bilik darjah. Proses pembinaan instrumen melibatkan lima fasa, iaitu pembentukan konsep, pembinaan item, pengujian item, penganalisisan item, dan penentuan profil. Pada fasa pembentukan konsep, pengkaji menganalisis kajian-kajian lepas berkaitan kompetensi PBD dan menjalankan temu bual pakar. Hasilnya, kompetensi guru pelatih dalam PBD dikonsepsikan terdiri daripada konstruk pengetahuan, kemahiran, dan sikap terhadap PBD. Pada fasa pembinaan item, sebanyak 183 item berskala jenis Likert 5 mata telah dibina. Berdasarkan cadangan pakar, sebanyak 63 item digugurkan dan lima item ditambah menjadikan jumlah keseluruhan item menjadi 125. Analisis Cohen Kappa menunjukkan wujud konsistensi persetujuan pakar terhadap kesesuaian item-item yang dibina (κ = 0.66 hingga 1.00). Pada fasa pengujian item, instrumen dengan 125 item ini telah ditadbirkan kepada 565 orang guru pelatih di tiga buah UA. Analisis faktor pengesahan menunjukkan tiga model pengukuran yang telah dihipotesiskan (pengetahuan, kemahiran, dan sikap) adalah sepadan dengan data di mana nilai indeks padanan adalah memenuhi tahap minimum ditetapkan (CFI>0.9, RMSEA<0.08, dan χ2/df<5). Indeks kebolehpercayaan komposit (CR) bagi tiga konstruk dalam instrumen yang dibina (pengetahuan, kemahiran, dan sikap) adalah antara 0.848 hingga 0.974 menunjukkan bahawa item-item memiliki ketekalan dalaman yang baik. Instrumen yang dibina turut menunjukkan bukti kesahan serentak apabila diuji dengan soal selidik Self-Perceived Assessment Skills dan Attitude Toward Educational Measurement Inventory. Pada fasa penentuan profil, instrumen dengan 125 item ini telah ditadbirkan ke atas 330 orang guru pelatih di tiga buah UA untuk mendapatkan profil tahap kompetensi guru pelatih dalam PBD.,Ph.D.
Pages: 296
Call Number: LB2822.75.Z334 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108335+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
18.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.