Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487942
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzlin Norhaini Mansor, Dr.-
dc.contributor.authorShahril Sabudin (P66603)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:34:25Z-
dc.date.available2023-10-11T09:34:25Z-
dc.date.issued2018-07-20-
dc.identifier.otherukmvital:106312-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487942-
dc.descriptionKemerosotan prestasi yang dicatatkan oleh murid Malaysia dalam ujian Trends in Mathematics and Science Studies (TIMSS) dan Performance for International Student Achievement (PISA) bagi tahun 2007 hingga 2015 serta penurunan enrolmen murid dalam bidang sains dan teknologi di peringkat menengah atas dibimbangi memberi impak kepada Dasar 60:40 yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Senario ini telah menimbulkan kebimbangan hinggakan kualiti guru sains khususnya dalam aspek kemahiran pedagogi guru turut dipersoalkan. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti pengaruh Pedagogi Produktif guru sains Tingkatan Dua terhadap Budaya Sains dan Teknologi dalam kalangan murid-murid yang diajar. Kajian berbentuk deskriptif ini telah melibatkan seramai 40 orang guru sains dan 800 orang murid Tingkatan Dua di sekolah-sekolah menengah di daerah Seremban, Negeri Sembilan yang telah dipilih menerusi teknik multistage sampling. Data-data yang diperolehi pada peringkat awal telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packaging for Social Science (SPSS) dan seterusnya dianalisis menggunakan perisian Hierarchical Linear Modelling (HLM) bagi mengenal pasti pengaruh Pedagogi Produktif guru terhadap Budaya Sains dan Teknologi murid. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru mencatatkan amalan Pedagogi Produktif yang tinggi khususnya dalam aspek Kualiti Intelektual. Walau bagaimanapun, kajian turut mendapati bahawa guru-guru kurang memberikan perhatian terhadap aspek Hubungan Sains Dengan Dunia yang dibimbangi akan menyebabkan murid tidak dapat membuat hubung kait antara teori sains yang dipelajari dengan fenomena alam semulajadi. Walaupun tahap Budaya Sains dan Teknologi dalam kalangan murid didapati tinggi, aspek Kemahiran Proses Sains dan Sikap Saintifik murid didapati berada pada tahap yang rendah meskipun ia merupakan aspek penting dalam bidang sains dan teknologi. Analisis HLM seterusnya menunjukkan bahawa 18% daripada perbezaan yang wujud dalam tahap amalan Budaya Sains dan Teknologi murid-murid adalah disumbang oleh faktor-faktor di peringkat guru iaitu jantina guru, umur guru dan klasifikasi sekolah yang diajar oleh guru. Walaupun analisis HLM mendapati bahawa aspek Pedagogi Produktif guru tidak mempengaruhi Budaya Sains dan Teknologi murid, kajian mendapati bahawa guru-guru yang berumur melebihi 40 tahun mempunyai pengaruh yang negatif terhadap pemupukan dimensi Nilai dan Tanggapan Terhadap Sains dan Teknologi murid. Berdasarkan dapatan di atas, faktor guru sememangnya mempengaruhi kemenjadian murid.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectScience -- Study and teaching (Secondary)-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAmalan pedagogi produktif guru sains sekolah menengah dan pengaruhnya terhadap budaya sains dan teknologi murid-
dc.typeTheses-
dc.format.pages618-
dc.identifier.callnoQ181.S533 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003683(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106312+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.78 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.