Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487941
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Razaq Ahmad, Prof. Dato' Dr.-
dc.contributor.authorMohamad Iskandar Shah Sitam (P66579)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:34:24Z-
dc.date.available2023-10-11T09:34:24Z-
dc.date.issued2018-09-25-
dc.identifier.otherukmvital:103245-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487941-
dc.descriptionKajian ini bertujuan meninjau perspektif ibu bapa dan murid Bumiputera yang terlibat dalam sistem persekolahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Perspektif ibu bapa ditinjau dari aspek dorongan pemilihan, sokongan dan keterlibatan ibu bapa serta prestasi murid. Manakala, perspektif murid pula ditinjau dari aspek sosialisasi murid dalam meningkatkan prestasi dari aspek kemahiran berbahasa dan budaya belajar. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama kajian. Sampel kajian ini dipilih secara rawak mudah melibatkan seramai 720 ibu bapa dan 720 anak mereka iaitu murid yang bersekolah di 18 buah SRJK (C) dari 9 bahagian di negeri Sarawak. Hasil kajian rintis keseluruhan item dalam konstruk berdasarkan analisis Cronbach Alfa berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.92 hingga 0.95. Hasil kajian mendapati tahap dorongan pemilihan ibu bapa ke SRJK (C) dari aspek reputasi sekolah dan potensi kerjaya berada ada tahap sederhana tinggi. Manakala, dari aspek dorongan keluarga dan komuniti setempat berada di tahap sederhana rendah. Bagi penglibatan ibu bapa dari aspek akademik berada di tahap sederhana tinggi dan non-akademik berada di tahap sederhana rendah. Bagi perspektif ibu bapa tentang prestasi murid pula dari segi kemahiran bahasa dan budaya belajar adalah berada di tahap sederhana tinggi. Bagi analisis MANOVA Dua Hala pula menunjukkan hanya aspek pemilihan ibu bapa ke SRJK (C) terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pendapatan. Dan seterusnya, terdapat kesan interaksi yang signifikan bagi aspek dorongan pemilihan ibu bapa dan prestasi murid di antara jantina dan etnik. Analisis regrasi pula menunjukkan faktor dorongan pemilihan banyak sumbangan besar terhadap penglibatan ibu bapa. Begitu juga dorongan pemilihan dan keterlibatan ibu bapa turut menyumbang kepada prestasi murid. Manakala, dapatan dari perspektif murid pula menunjukkan tahap sosialisasi dari aspek persekitaran bilik darjah dan ko-kurikulum berada di tahap sederhana tinggi dan persekitaran sekolah hanya berada di tahap sederhana rendah. Bagi prestasi murid pula dari aspek kemahiran bahsa dan budaya belajar berada di tahap yang sederhana tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek sosialisasi dan prestasi murid berdasarkan pendapatan ibu bapa. Analisis juga menunjukkan terdapat kesan interaksi yang signifikan bagi aspek sosialisasi di antara etnik dan jantina. Seterusnya, dapatan kajian mendapati bahawa faktor persekitaran ko-kurikulum dan bilik darjah banyak memberi sumbangan terhadap prestasi murid. Implikasi kajian menunjukkan bahawa persekitaran pembelajaran di SRJK (C) memberi impak yang positif dalam meningkatkan sosialisasi dan prestasi murid dan ianya boleh dijadikan input baru atau panduan dalam meningkatkan keberkesanan persekitaran pembelajaran sekolah yang sedia ada.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSchools-
dc.subjectChinese -- Government policy -- Malaysia-
dc.titleDorongan pemilihan sekolah, sosialisasi dan prestasi murid di SRJK (C) daripada perspektif ibu bapa dan murid Bumiputera di Sarawak-
dc.typeTheses-
dc.format.pages232-
dc.identifier.callnoLC201.7.M4M835 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003615(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103245+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.