Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487940
Title: | Ekologi pembelajaran, pengetahuan dan amalan profesional dalam kalangan pensyarah politeknik |
Authors: | Noor Rosmawati Yusuf (P78092) |
Supervisor: | Abdul Razaq Ahmad, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Teaching -- Psychological aspects |
Issue Date: | 13-Sep-2018 |
Description: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap ekologi pembelajaran, pengetahuan dan amalan profesional dalam kalangan pensyarah politeknik Malaysia. Ekologi pembelajaran merujuk kepada kemudahan fasiliti, interaksi sosial, sokongan rakan sekerja dan latihan. Bagi pengetahuan dan amalan profesional pula merujuk kepada kandungan kursus, pedagogi, penyeliaan, penyelidikan, penerbitan, jaringan kolaborasi dan etika kerja. Kajian ini turut meninjau amalan profesional pensyarah bagi aspek pedagogi dan penyeliaan dari prespektif pelajar. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik yang melibatkan sampel seramai 2156 yang terdiri dari 1490 pensyarah dan 1026 pelajar yang dipilih secara rawak berstrata di politeknik Semenanjung Malaysia. Hasil kajian rintis keseluruhan item dalam kesemua konstruk berdasarkan analisis Cronbach Alpha berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi antara 0.893 hingga 0.956. Kajian ini menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan ekologi pembelajaran, pengetahuan dan amalan profesional dalam kalangan pensyarah berada di tahap sederhana tinggi. Analisis MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek ekologi pembelajaran berdasarkan pengalaman mengajar, kepakaran dan jenis politeknik. Begitu juga dari aspek pengetahuan dan amalan profesional di mana terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan kelulusan akademik tertinggi, pengalaman mengajar, kepakaran dan jenis politeknik. Analisa regresi berganda pula menunjukkan aspek pengetahuan profesional merupakan faktor yang paling dominan yang menyumbang terhadap amalan profesional. Penerimaan amalan profesional pensyarah dari prespektif pelajar secara keseluruhannya berada di tahap sederhana tinggi. Manakala dari segi analisa MANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina, etnik, bidang pengajian, tahap pengajian, tahun pengajian dan jenis politeknik. Implikasi kajian menunjukkan profesionalisme dalam kalangan pensyarah politeknik perlu diperkukuhkan selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan negara ini sebagai hab atau pusat kecemerlangan pendidikan tinggi di rantau ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Ph.D. |
Pages: | 293 |
Call Number: | LB1025.3.N636 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_103235+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.91 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.