Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487938
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Razaq Ahmad, Prof. Dato. Dr.-
dc.contributor.authorJuhari Ahmad-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:34:21Z-
dc.date.available2023-10-11T09:34:21Z-
dc.date.issued2018-08-27-
dc.identifier.otherukmvital:102625-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487938-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor sokongan sosio-fizikal dan penyertaan sosial terhadap kesejahteraan hidup komuniti bandar. Sokongan sosial adalah merujuk kepada aspek keluarga, rakan sebaya, komuniti setempat dan komuniti maya. Sokongan fizikal adalah merujuk kepada aspek kawasan tempat tinggal, kemudahan awam, keselamatan, keceriaan dan kebersihan serta kawasan rekreasi. Penyertaan sosial pula adalah berkaitan dengan aktiviti keilmuan dan intelektual, keperihatinan sosial, sukan dan rekreasi serta kelestarian alam sekitar. Manakala, kesejahteraan hidup komuniti bandar pula adalah merujuk kepada aspek kesejahteraan yang berkaitan dengan diri, sosial, persekitaran, keselamatan dan ekonomi. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan seramai 2502 orang responden dari pelbagai etnik dan latar belakang yang dipilih secara rawak mudah berstrata di enam Majlis Perbandaran di negeri Selangor. Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Alpha Cronbach mendapati keseluruhan item bagi kesemua konstruk berada di tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu di antara 0.803 dan 0.946. Analisis data menggunakan SPSS 23.0 yang melibatkan analisis deksriptif (min dan sisihan piawai) dan inferensi (ANOVA, MANOVA dan Regrasi). Hasil kajian menunjukkan tahap sokongan sosial dan fizikal serta aspek penyertaan sosial berada di tahap yang sederhana tinggi dan sederhana rendah. Manakala, bagi aspek kesejahteraan hidup bandar keseluruhannya berada di tahap sederhana tinggi kecuali bagi aspek kesejahteraan ekonomi dan keselamatan yang masih lagi berada di tahap yang belum memuaskan iaituan di tahap yang sederhana rendah. Analisis MANOVA Dua Hala bagi aspek sokongan sosio-fizikal, penyertaan sosial dan kesejahteraan hidup berdasarkan jantina, etnik dan pendapatan sebahagiannya menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dan kesan interaksi. Analisis Regrasi pula menunjukkan bahawa faktor sokongan sosial turut menyumbang kepada penyertaan sosial dan seterusnya penyertaan sosial merupakan faktor yang paling dominan menyumbang kepada kesejahteraan hidup komuniti bandar. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pembangunan bandar perlu dirancang secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal semata-mata. Tesis ini telah mencabar idea asal teori Sistem Ekologi apabila lapisan kronosistem dilihat paling hampir dan bukannya lapisan mikrosistem. Justeru, polisi baru di peringkat Majlis Perbandaran khususnya di negeri Selangor perlu dikaji semula dengan mengambilkira dan mengutamakan kepelbagaian aktiviti sosial dan kemasyarakatan dalam kalangan penduduk bagi menjamin kesejahteraan hidup di bandar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQuality of life -- Malaysia-
dc.titleSokongan sosio-fizikal dan penyertaan sosial terhadap kesejahteraan hidup komuniti bandar-
dc.typeTheses-
dc.format.pages240-
dc.identifier.callnoHN700.6.A85J834 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003582(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102625+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.