Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487936
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamil Ahmad, Dr.-
dc.contributor.authorSalbiah Mohamed Salleh @ Salleh (P80394)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:34:20Z-
dc.date.available2023-10-11T09:34:20Z-
dc.date.issued2018-01-13-
dc.identifier.otherukmvital:102620-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487936-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk membangunkan Instrumen Penilaian Kendiri Akhlak Guru Pendidikan Islam (INSPI) bagi mengatasi isu kekurangan instrumen afektif muslim. Instrumen yang dihasilkan dapat digunakan oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) untuk melakukan muhasabah kendiri bagi setiap perbuatan yang dilakukan. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian pembinaan dan pengesahan instrumen yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang mempunyai tiga fasa utama iaitu Fasa 1: Pembinaan Instrumen, Fasa 2: Pengesahan Instrumen dan Fasa 3: Pembinaan Norma dan Profil Akhlak Guru Pendidikan Islam. Pengesahan instrumen telah melibatkan kesahan dan kebolehpercayaan dengan menggabungkan Teori Pengukuran Klasik (TUK) dan Teori Respons Item (TRI) iaitu Model Rasch. Teori Peribadi al-Ghazali, Model Akhlak Guru Nasih Ulwan dan Model Akhlak Guru al-Abrasyi digunakan dan memfokuskan kepada tiga konstruk iaitu akhlak terhadap Allah, akhlak terhadap manusia dan akhlak terhadap alam. Item yang dibina merujuk kepada empat sumber utama iaitu al-Quran, Hadis, kitab Ihya' Ulumuddin, kitab Tarbiatul Aulad dan kitab Bidayatul Hidayah. Sampel yang terlibat adalah terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam di Semenanjung Malaysia; pengujian pertama ialah seramai 550 orang, pengujian kedua seramai 520 orang dan pengujian ketiga ialah seramai 200 orang. Kajian sebenar pula dijalankan kepada 600 orang GPI yang dipilih secara rawak strata berkadaran. Dapatan analisis faktor penerokaan (EFA) menunjukkan tiga konstruk yang digunakan adalah sesuai untuk mengukur akhlak guru. Dapatan analisis item pula menunjukkan kesemua 46 item INSPI telah memenuhi kesemua andaian Model Rasch. Pengujian kesahan serentak pula menunjukkan INSPI mempunyai hubungan positif yang sederhana dengan Sahin Index Moral Value. Profil akhlak GPI secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana namun mencapai norma kajian. Justeru, kajian ini menyumbang kepada pembinaan alat ukur INSPI yang menepati ciri psikometrik dan boleh digunakan untuk meningkatkan kompetensi Guru Pendidikan Islam (GPI). Instrumen ini dicadangkan untuk digunakan sebagai salah satu alat dalam penilaian prestasi guru bersama-sama kaedah penilaian sedia ada.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEducational evaluation-
dc.titlePembinaan dan pengesahan Instrumen Penilaian Kendiri Akhlak Guru Pendidikan Islam-
dc.typeTheses-
dc.format.pages341-
dc.identifier.callnoLB2822.75.S235 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003577(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102620+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.