Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487934
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azlin Norhaini Mansor, Dr. | |
dc.contributor.author | Abang Adam Abang Deli (P65987) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:18Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:18Z | - |
dc.date.issued | 2018-01-06 | |
dc.identifier.other | ukmvital:101395 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487934 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model standard kompetensi guru kanan mata pelajaran (GKMP) di sekolah menengah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan rekabentuk dan pembangunan yang terdiri daripada tiga fasa iaitu i)analisis keperluan, ii) rekabentuk dan pembangunan serta iii) penilaian. Fasa analisis keperluan melibatkan 13 orang peserta kajian menggunakan kaedah temu bual yang terdiri daripada Ketua Panitia, GKMP dan Penolong Kanan Pentadbiran. Pelbagai permasalahan, penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh GKMP dan seterusnya keperluan untuk membangunkan standard kompetensi guru kanan mata pelajaran (SKGKMP) telah dikemukakan pada fasa analisis keperluan. Pada fasa rekabentuk dan pembangunan, kaedah Fuzzy Delphi (KFD) telah dipilih melibatkan 7 orang pakar dalam bidang pendidikan ditemubual pada pusingan pertama untuk menentukan domain dan elemen yang bersesuaian untuk membangunkan SKGKMP. Seterusnya, pada pusingan kedua seramai 13 orang pakar dilibatkan untuk mendapatkan persetujuan dan kesepakatan terhadap domain dan elemen tersebut. Dapatan kaedah kajian fuzzy Delphi menunjukkan pakar telah bersetuju dan mencapai kesepakatan terhadap empat domain utama iaitu domain pengetahuan dan kemahiran instruksional, pengetahuan dan kemahiran pengurusan, atribut peribadi keberkesanan kendiri dan hubungan sesama manusia. Selanjutnya, pada fasa penilaian, pengkaji telah melibatkan 236 orang GKMP. Analisis faktor pengesahan (CFA) menggunakan kaedah penganggaran maximum likelihood menunjukkan bahawa dua daripada enam model pengukuran iaitu kemahiran instruksional dan kemahiran pengurusan menunjukkan nilai indeks kesepadanan dalam julat minimum yang diterima. Sementara itu, baki empat model pengukuran iaitu pengetahuan instruksional, pengetahuan pengurusan, atribut keberkesanan kendiri, dan atribut hubungan sesama manusia menunjukkan nilai kesepadanan yang menghampiri julat minimum yang diterima. Ini bermakna dapatan menunjukkan bahawa model SKGKMP yang dibina adalah sepadan (fit) dengan data kajian menggunakan CFA. Secara keseluruhannya, model SKGKMP dilihat amat relatif sebagai pelengkap kepada model standard kompetensi sedia ada dalam bidang pendidikan khususnya di sekolah menengah.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kompetensi | |
dc.subject | Effective teaching -- Malaysia | |
dc.title | Pembangunan model standard kompetensi guru kanan mata pelajaran di Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 382 | |
dc.identifier.callno | LB1025.3.A213 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003490(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_101395+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 22.53 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.