Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487931
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Razak Ahmad, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Richard Neles Abdullah (P61680) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:16Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:16Z | - |
dc.date.issued | 2018-06-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:101391 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487931 | - |
dc.description | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti amalan agama dan tingkah laku terancang ke arah toleransi etnik. Amalan agama dalam kajian adalah merujuk kepada tingkah laku komitmen beragama dan nilai-nilai murni agama dan tingkah laku terancang pula merujuk kepada sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku, manakala toleransi etnik pula merujuk kepada interaksi di persekitaran sekolah dan persekitaran luar sekolah. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan seramai 380 responden pelbagai etnik yang dipilih secara rawak mudah berstrata. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar daripada tingkatan empat dari 69 buah sekolah menengah di negeri Sarawak. Hasil kajian rintis menggunakan Cronbach Alpha bagi keseluruhan item dan rangka semua konstruk berada ditahap kebolehpercayaan yang tinggi daripada 0.900 ke terendah 0.813. Analisis data menggunakan SPSS 21.0 yang melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap amalan beragama keseluruhannya sederhana tinggi dan tingkah laku terancang pada tahap tinggi, manakala toleransi etnik berada di tahap sederhana tinggi. Analisis manova pula menunjukkan perbezaan yang signifikan aspek amalan agama dan tingkah laku terancang berdasarkan jantina. Begitu juga dengan aspek toleransi etnik berdasarkan agama. Analisis regresi menunjukkan persepsi kawalan tingkah laku merupakan faktor yang paling dominan menyumbang kepada tingkah laku toleransi etnik di persekitaran sekolah dan luar sekolah. Implikasi kajian menunjukkan pelbagai pihak berkaitan perlulah mendidik, memupuk tingkah laku dan cara berfikir yang menjurus kepada tingkah laku toleransi etnik kerana kajian mendapati bahawa aspek-aspek teori tingkah laku terancang iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku merupakan faktor utama dalam menentukan tingkah laku sebenar toleransi etnik. Kementerian Pendidikan dan pihak berkaitan dengan pendidikan perlu mendorong norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku toleransi etnik yang lebih tinggi kepada pelajar pelbagai agama melalui latihan kepada warga sekolah dan institusi pendidikan. Kajian ini memberi sumbangan kepada sosiologi pendidikan, model cadangan dan instrumen AATE yang dihasilkan dengan menegaskan kepentingan pendedahan pengetahuan asas agama serta budaya pelbagai etnik di Malaysia kepada pelajar melalui mekanisme pendidikan oleh pelbagai pihak.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Toleransi | - |
dc.subject | Malaysia -- Religion | - |
dc.title | Amalan agama dan toleransi etnik dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Sarawak | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 247 | - |
dc.identifier.callno | BL2080.M847 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003486(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_101391+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.