Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487924
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norazah Mohd Nordin, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohamad Siri Muslimin (P80358) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:10Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:10Z | - |
dc.date.issued | 2018-01-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:100987 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487924 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai bahan pembelajaran berbentuk aplikasi mudah alih (MobiEko) bagi keperluan kursus Mikroekonomi di Politeknik Malaysia sebagai bahan sokongan pembelajaran yang interaktif dan inovatif. Objektif kajian tersebut adalah untuk mengenalpasti keperluan pengguna, mereka bentuk dan membangunkan serta menilai aplikasi pembelajaran tersebut dari aspek pedagogi, strategi pembelajaran, penerapan teori pembelajaran, penggunaan elemen multimedia dan motivasi. Sementara itu pengujian keberkesanan aplikasi tersebut dinilai melalui rekod pencapaian pelajar berasaskan pendekatan pembelajaran secara kendiri dan pembelajaran bersemuka melalui kaedah kuasi eksperimental. Penyelidikan tersebut melibatkan tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian. Fasa analisis keperluan melibatkan seramai 229 orang pelajar, 4 orang tenaga pengajar dan 4 orang pakar bidang melalui pentadbiran soal selidik menerusi kaedah persampelan bertujuan. Sementara itu, temu bual dan analisis dokumen berkaitan pengajaran dan pembelajaran Mikroekonomi turut dilaksanakan. Seterusnya, bagi fasa reka bentuk dan pembangunan, pemilihan sampel bertujuan ke atas 39 orang pelajar, 4 orang tenaga pengajar dan 4 orang pakar bidang dilibatkan. Menerusi fasa penilaian pula, 76 orang pelajar menjawab soal selidik berkenaan kebolehgunaan aplikasi dan ujian keberkesanan melalui kaedah eksperimental kuasi. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan pelajar yang tinggi terhadap perlaksanaan konsep pembelajaran mudah alih, sementara itu tenaga pengajar dan pakar mengutamakan reka bentuk kandungan bahan pembelajaran yang dapat menyediakan aktiviti pengukuhan, menerapkan kandungan multimedia dan interaktif. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa aplikasi pembelajaran mudah alih MobiEko telah berjaya menyediakan aktiviti tutorial dan latih tubi melalui strategi pembelajaran kendiri, anjal dan aktif serta menerapkan elemen teori pembelajaran utama. Dapatan kajian keberkesanan juga menunjukkan bahawa rekod pencapaian dan motivasi pelajar juga turut meningkat dengan penggunaan aplikasi MobiEko dalam pembelajaran Mikrokonomi. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa aplikasi pembelajaran MobiEko yang menerapkan model persekitaran pembelajaran mudah alih, multimedia dan kepelbagaian dalam strategi pengajaran dan pembelajaran memberi impak positif ke atas motivasi dan pencapaian pelajar dan sesuai untuk diaplikasikan dalam konteks pembelajaran Mikroekonomi.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Mobile communication systems in education | - |
dc.title | Pembangunan dan penilaian aplikasi pembelajaran mudah alih (MobiEko) bagi keperluan pengajaran dan pembelajaran Mikroekonomi di politeknik Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 405 | - |
dc.identifier.callno | LB1044.84.M834 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003441(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100987+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 18.18 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.