Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487914
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norshidah Mohamad Salleh, Dr. | |
dc.contributor.author | Nor Jannah Hassan (P66587) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:01Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:01Z | - |
dc.date.issued | 2018-03-30 | |
dc.identifier.other | ukmvital:100116 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487914 | - |
dc.description | Kajian penerokaan menggunakan pendekatan campuran ini bertujuan membangunkan Modul Pengajaran Matematik bagi tajuk Pecahan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) Penglihatan Tahun Empat. Reka bentuk kajian ialah kajian pembangunan menggunakan Model Pembangunan Richey dan Klein yang mengandungi tiga fasa iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan, dan penilaian kebolehgunaan. Peserta kajian berbeza mengikut fasa. Fasa analisis keperluan melibatkan 10 orang Guru Matematik Pendidikan Khas (GMPK) Penglihatan; fasa reka bentuk dan pembangunan melibatkan lapan orang pakar dan 30 orang GMPK Penglihatan untuk ujian rintis. Manakala fasa penilaian dan pengujian modul melibatkan 15 orang GMPK Penglihatan untuk penilaian kebolehgunaan dan seterusnya pengujian kebolehgunaan modul melibatkan dua kumpulan berfokus terdiri daripada dua orang GMPK Penglihatan dan empat orang MBK Penglihatan. Data kualitatif dianalisis secara interaktif (suntingan kerangka) mengikut Miles dan Huberman. Manakala, data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan program SPSS untuk menentukan frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian fasa analisis keperluan menunjukkan terdapat dua keperluan utama dalam pembangunan modul iaitu, pertama menentukan ciri-ciri pengguna terdiri daripada GMPK Penglihatan dan MBK Penglihatan, dan kedua menentukan keperluan pengajaran meliputi bahan bantu mengajar, strategi pengajaran, kaedah pengubahsuaian dan kebolehlaksanaan pembelajaran aktif dalam kalangan MBK Penglihatan. Fasa reka bentuk dan pembangunan menggunakan sembilan komponen model pengajaran Morrison et al. dan seterusnya penilaian kandungan dan kesahan reka bentuk modul dilaksanakan oleh pakar. Dapatan kajian menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi antara pakar terhadap kandungan modul (84.34%). Penilaian kebolehgunaan modul menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi dalam kalangan GMPK Penglihatan dalam penilaian kebolehgunaan modul iaitu 96.92 peratus. Penilaian sumatif oleh GMPK Penglihatan dan MBK Penglihatan masing-masing menunjukkan persetujuan yang tinggi iaitu 100 peratus. Pengujian modul terhadap dua kumpulan berfokus menunjukkan MBK Penglihatan (buta dan penglihatan terhad) mempunyai tahap pengetahuan konseptual yang standard iaitu mencapai Standard Prestasi band 4 dan 5 dalam Standard Pembelajaran tajuk Pecahan. Pencapaian ini menunjukkan pengetahuan konseptual MBK Penglihatan berada pada tahap tahu, faham dan boleh buat mengikut Standard Prestasi yang ditetapkan dalam DSKP Matematik Tahun Empat. Dapatan keseluruhannya menunjukkan modul pengajaran yang dibangunkan sesuai digunakan untuk pengajaran MBK Penglihatan Tahun Empat dengan pengubahsuaian mengikut keperluan ketidakupayaan penglihatan murid dan situasi pengajaran bilik darjah. Kajian ini menyumbang kepada penggunaan modul pengajaran sebagai bahan, panduan dan persediaan GMPK Penglihatan dalam menyampaikan pengajaran Matematik tajuk Pecahan kepada MBK Penglihatan Tahun Empat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Mathematics -- Study and teaching -- Malaysia | |
dc.title | Pembangunan dan pengujian Modul Pengajaran Matematik tajuk Pecahan untuk Murid Berkeperluan Khas Penglihatan Tahun Empat | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 415 | |
dc.identifier.callno | QA14.M35N647 2018 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100116+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.