Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487913
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jamaludin Hj Badusah, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Roselita Ali @Yusof (P71728) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:00Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:00Z | - |
dc.date.issued | 2017-12-28 | |
dc.identifier.other | ukmvital:99804 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487913 | - |
dc.description | Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keprihatinan guru prasekolah terhadap inovasi Pendekatan Belajar Melalui Bermain (PBMB) dalam pengajaran Bahasa Malaysia di prasekolah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kajian ini menggunakan Concerns-Based Adoption Model (CBAM) untuk melihat Peringkat Keprihatinan (Stages of Concern SoC) dan Tahap Penggunaan Inovasi (Level of Use LoU) pendekatan PBMB dalam pengajaran Bahasa Malaysia di prasekolah. Di samping itu, ia juga adalah untuk melihat pengaruh peringkat keprihatinan dan kekangan terhadap tahap penggunaan pendekatan inovasi PBMB dalam pengajaran Bahasa Malaysia di prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah Mixed Method iaitu kajian tinjauan dengan menggunakan soalan soal selidik yang menggunakan skala Likert 7 mata dan temu bual berstruktur kepada lapan orang guru prasekolah bagi kaedah kualitatif. Sampel kajian kuantitatif pula ialah guru prasekolah di negeri Pahang seramai 472 responden. Menggunakan analisis deskriptif bagi melihat peringkat keprihatinan dan tahap penggunaan Analisis inferensi iaitu Ujian MANOVA yang digunakan untuk melihat perbezaan peringkat keprihatinan berdasarkan jantina, lokasi, pengalaman dan tahap pendidikan. Analisis Regresi Berganda pula digunakan bagi melihat pengaruh peringkat keprihatinan guru prasekolah terhadap tahap penggunaan pendekatan inovasi PBMB dalam pengajarannya. Analisis temu bual dibuat secara manual. Dapatan kajian menunjukkan peringkat keprihatinan guru dalam melaksanakan pendekatan PBMB ialah di Peringkat Kesan (PK4) dan tidak menunjukkan peringkat keprihatinan yang sangat tinggi. Dapatan kajian terhadap tahap penggunaan inovasi pendekatan PBMB adalah rendah iaitu di aliran tiada penggunaan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan peringkat keprihatinan guru berdasarkan jantina dan tahap pendidikan manakala didapati pengalaman guru dan lokasi tidak menyebabkan perbezaan keprihatinan guru. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor pengaruh peringkat kolaborasi menyumbang utama kepada tahap penggunaan inovasi pendekatan PBMB dalam pengajaran guru. Dapatan juga menunjukkan kekangan terhadap perlaksanaan inovasi pendekatan PBMB telah dikenal pasti iaitu faktor kurang kerjasama dengan pentadbir dan guru mencari kaedah yang lebih baik. Sumbangan kajian ini boleh digunakan di dalam bidang pendidikan khususnya pentadbir pendidikan untuk mengenal pasti dan menambah baik dalam membuat perubahan bagi mengubah tahap penggunaan PBMB dan peringkat keprihatinan guru dalam membuat pertimbangan menggunakan strategi yang sesuai bagi persediaan guru sebelum guru ini menerima apa-apa pembaharuan pendidikan.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Education | |
dc.subject | Preschool | |
dc.title | Keprihatinan dan penggunaan inovasi pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran bahasa Malaysia oleh guru prasekolah | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 350 | |
dc.identifier.callno | LB1029.G3R637 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003332(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99804+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.