Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487899
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMaimun Aqsha Lubis Abdin Lubis, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorBudi Sanjaya (P51031)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:33:46Z-
dc.date.available2023-10-11T09:33:46Z-
dc.date.issued2018-03-14
dc.identifier.otherukmvital:99224
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487899-
dc.descriptionKajian ini bertujan untuk menilai masukan, proses dan hasil dalam pelaksanaan kurikulum Mata Pelajaran Bahasa Arab (MPBA) di Madrasah Aliyah Negeri Provinsi Jambi berdasarkan Model Penilian Countenance Stake (Stake 1976). Reka bentuk kajian menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan proses triangulasi. Kajian ini melibatkan 26 buah Madrasah Aliyah Negeri (MAN) di Provinsi Jambi dengan menggunakan kaedah persampelan populasi bagi 51 orang guru yang mengajar MPBA dan kaedah persampelan rawak berstrata dalam pemilihan sampel siswa yang berjumlah 395 orang siswa daripada 6688 orang siswa di 26 buah MAN. Lima instrumen telah dibina oleh pengkaji dan disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha cronbach yang diperoleh bagi semua bahagian dua set soal selidik iaitu soal selidik guru dan soal selidik siswa adalah tinggi (>0.80). Dua set soal selidik tersebut pula diedarkan kepada guru dan siswa bagi mendapatkan data bagi penilaian masukan dan proses, manakala bagi dapatan hasil pula menggunakan satu set ujian bertutur. Selain daripada itu temu bual, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen juga digunakan bagi mendapatkan data perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran. Data kuantitatif daripada dua set soal selidik dan ujian pertuturan bahasa Arab dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk medapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penilaian elemen masukan iaitu kerelevanan kurikulum (min=3.77 sp=0.46), persepsi guru terhadap MPBA (min=3.76 sp=0.77), peruntukan masa pengajaran dan kandungan kemahiran bertutur dalam buku teks (min=3.69 sp=0.53), bekalan bahan bantu mengajar (BBM) (min=3.47 sp=0.68), penilaian kendiri guru dalam kemahiran bertutur (min=3.69 sp=0.53) adalah berada pada tahap tinggi. Manakala penilaian kendiri siswa dalam kemahiran bertutur (min=2.95 sp=0.42) adalah pada tahap sederhana. Dapatan penilaian proses pula mendapati hanya pada elemen penggunaan BBM (min=1.81 sp=0.35) berada pada tahap rendah dan dua elemen lainnya iaitu aktiviti pengajaran (min=3.22 sp=0.43) dan teknik penilaian (min=3.26 sp=0.71) didapati pada tahap sederhana. Manakala lima elemen lainnya iaitu strategi (min=3.89 sp=0.60), pendekatan (min=3.64 sp.0.64), bentuk (min=3.52 sp=0.96), teknik (min=3.64 sp=0.38) dan penekanan pengajaran (min=3.95 sp=0.31) berada pada tahap tinggi. Dapatan penilaian hasil pada semua elemen iaitu kelancaran, sebutan, sebutan yang jelas, tekanan, intonasi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan kefahaman (min=3.09 sp=0.64) berada pada tahap sederhana.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectBahasa Arab
dc.subjectKemahiran
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePenilaian pelaksanaan kemahiran bertutur dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Arab di Madrasah Aliyah Negeri Jambi
dc.typeTheses
dc.format.pages267
dc.identifier.barcode003270(2018)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99224+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
700.27 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.