Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487897
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRosseni Din, Prof. Maday Dr.
dc.contributor.authorRusminah Musliman (P56673)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:33:45Z-
dc.date.available2023-10-11T09:33:45Z-
dc.date.issued2018-01-18
dc.identifier.otherukmvital:99222
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487897-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk menilai Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) berasaskan Model Discrepancy Provus. Kajian ini menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data diperoleh melalui pencapaian murid negeri Selangor dalam Ujian Saringan LINUS dan soal selidik. Responden soal selidik ialah guru-guru LINUS daripada 325 sekolah dari tiga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri Selangor. Soal selidik tersebut mengandungi 71 item tertutup dan 12 item terbuka. Indeks kebolehpercayaan item soal selidik secara keseluruhan adalah 0.80 dengan indeks pemisahan 2.03. Indeks kebolehpercayaan bagi setiap konstruk adalah antara 0.60 hingga 0.94 dengan indeks pemisahan antara 1.23 hingga 4.02. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan perisian Winsteps versi 3.69.1.11 manakala data kualitatif dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti versi 7.1.8. Hasil kajian secara kuantitatif menunjukkan secara keseluruhan, dimensi input iaitu kandungan instrumen saringan, kandungan modul pengajaran guru (MPG), kandungan modul embelajaran murid (MPM), dan latihan guru sesuai digunakan. Dimensi proses iaitu pelaksanaan saringan, penggunaan MPG, penggunaan MPM, peranan guru besar, peranan PPD, pemantauan dan penyeliaan PPD, serta bimbingan fasiLINUS secara keseluruhannya telah dilaksanakan. Terdapat discrepancy dalam dimensi output berbanding sasaran iaitu sebanyak 1.01 peratus bagi kemahiran literasi dan 0.63 peratus bagi kemahiran numerasi. Hasil kajian secara kualitatif menunjukkan terdapat masalah dalam kesemua aspek yang dikaji, iaitu saringan, modul, guru, pihak berkepentingan, pemantauan dan penyeliaan, serta fasiLINUS. Cadangan penambahbaikan Program LINUS dalam kesemua aspek di atas juga telah dicadangkan oleh responden. Berdasarkan dapatan kajian, Program LINUS perlu diteruskan dengan penambahbaikan untuk mencapai matlamat 100 peratus murid berupaya menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah sebagaimana terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectLINUS
dc.subjectPenguasaan
dc.subjectAsas
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePenilaian Program Saringan Literasi dan Numerasi
dc.typeTheses
dc.format.pages264
dc.identifier.barcode003268(2018)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99222+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.