Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487895
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jamil Ahmad, Dr. | - |
dc.contributor.author | Ramlah Hj Ab Khalid (P62347) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:33:43Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:33:43Z | - |
dc.date.issued | 2016-11-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98346 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487895 | - |
dc.description | Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Sekolah ke arah pencapaian matlamatnya kepada guru-guru di sekolah rendah. Penilaian ini dibuat dengan menggunakan Model Logik yang berorientasikan matlamat melibatkan empat komponen iaitu komponen input, aktiviti, output dan outcome. Penganalisisan data kuantitatif dibuat dengan menggunakan program SPSS Window versi 17.0 di mana analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan lazim serta analisis inferensi seperti MANOVA dan Regresi Berganda digunakan manakala bagi data kualitatif penganalisisan data dibuat secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan matlamat pelaksanaan Pentaksiran Sekolah kepada guru-guru iaitu memperbaiki pengajaran guru secara keseluruhan belum berjaya dicapai. Ini berdasarkan analisis kajian yang menunjukkan tahap pencapaian hasil semerta pelaksanaan PS iaitu peningkatan pengetahuan guru dan pembentukan sikap positif guru terhadap pentaksiran adalah sederhana tetapi tinggi dalam aspek peningkatan kemahiran guru dalam melaksanakan pentaksiran. Penilaian input menunjukkan bahawa tahap pengetahuan asas guru berkaitan prinsip pembinaan ujian, aras Taksonomi Bloom, Standard Prestasi, Jadual Spesifikasi Ujian, pembinaan item soalan, etika penilaian dan pentadbiran PS adalah tinggi tetapi tahap pengetahuan asas guru berkaitan kaedah pemarkahan, analisis item dan input sumber dan kemudahan adalah sederhana. Bagi penilaian aktiviti, hasil kajian menunjukkan tahap pelaksanaan aktiviti membuat perancangan, pembinaan item, menganalisis evidens dan mengaplikasikan maklumat pentaksiran dan membuat perekodan dan pelaporan adalah tinggi tetapi sederhana bagi aktiviti membuat penskoran. Manakala penilaian output pula menunjukkan bahawa tahap yang cemerlang bagi semua aktiviti yang terlibat dalam pentaksiran. Analisis MANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor min input berdasarkan lokasi sekolah tetapi tidak bagi aspek pelaksanaan aktiviti, output dan hasil semerta. Analisis Regresi Berganda mendapati terdapat sembilan pemboleh ubah bebas yang menyumbang kepada peningkatan kemahiran, tiga faktor penyumbang kepada pembentukan sikap positif guru terhadap pentaksiran dan tujuh pemboleh ubah penyumbang terhadap peningkatan pengetahuan guru terhadap pentaksiran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Penilaian | - |
dc.subject | Educational tests and measurements | - |
dc.title | Penilaian pelaksanaan pentaksiran sekolah ke arah pencapaian matlamatnya kepada guru-guru di sekolah rendah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 366 | - |
dc.identifier.callno | LB3060.3.R335 2016 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003099(23018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
PENILAIAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH KE ARAH PENCAPAIAN MATLAMATNYA KEPADA GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH.pdf Restricted Access | 243.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.