Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487892
Title: | Kesan pembelajaran koperatif STAD ke atas sikap, kesedaran metakognisi, atribusi pencapaian, dan pencapaian dalam mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam |
Authors: | Rosnah Ismail (P42097) |
Supervisor: | Saemah Rahman, Prof. Dr. |
Keywords: | Pembelajaran Pengajaran Keberkesanan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 4-Jan-2016 |
Description: | Penggunaan kaedah dan teknik pengajaran yang menarik dan dapat membantu proses pembelajaran adalah penting untuk meningkatkan prestasi pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah Pembelajaran Kooperatif (PK) menggunakan teknik STAD (Student Team Achievement visions) terhadap sikap,kesedaran metakognisi, atribusi pencapaian dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam (PAI). Selain itu, kajian ini juga bertujuan meneroka pandangan pelajar terhadap PK. Seramai 209 orang pelajar dari lapan buah kelas pelajar Darjah V di Negara Brunei Darul Salam (NBD)telah diambil sebagai sampel kajian ini. Empat buah kelas diajar dengan menggunakan PK,empat buah kelas lagi,diajar dengan menggunakan Pembelajaran Tradisional(PT). Kajian ini ditumpukan kepada kumpulan PK, sedangkan kumpulan PT digunakan untuk membuat perbandingan dengan hasil kajian yang diperolehi daripada kumpulan PK. Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan profil responden. Manakala teknik MANOVA (Multivariate Analysis of Variance) digunakan untuk menguji hipotesis kajian bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan penggunaan PK dalam pengajaran yang mana peningkatan sikap, kesedaran metakognisi, atribusi pencapaian dan pencapaian pelajar adalah lebih tinggi bagi kumpulan yang diajar menggunakan PK berbanding dengan PT. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar yang diajar menggunakan kaedah kooperatif menunjukkan sikap yang positif terhadap pendekatan PK.Dengan demikian, model PK dapat dijadikan salah satu alternatif pendekatan yang sesuai untuk pembelajaran PAI di sekolah-sekolah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 342 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98344+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 218.35 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.