Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487888
Title: Hubungan sokongan guru besar, efikasi kendiri, efikasi kolektif dengan komitmen kerja guru pendidikan khas
Authors: Nik Aida Suria Nik Zulkifli Ami (P61701)
Supervisor: Rosadah Abd Majid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hubungan struktural
Teacher-principal relationships -- Malaysia
Issue Date: 29-Jul-2016
Description: Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi dan menguji hubungan struktural antara faktor persekitaran (sokongan guru besar), faktor peribadi (efikasi kendiri dan efikasi kolektif) dengan tingkahlaku (komitmen kerja) dalam kalangan guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) masalah pembelajaran sekolah rendah. Kaedah kajian tinjauan rentas menggunakan soalselidik yang merangkumi sokongan guru besar, efikasi kendiri, efikasi kolektif dan komitmen kerja guru digunakan. Instrumen kajian yang terdiri daripada terjemahan dan adaptasi Administrative Support Survey (ASS), Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES), Collective Teacher Beliefs Scale (CTBS) dan Instrumen komitmen kerja. Seramai 500 orang guru PPKI masalah pembelajaran sekolah rendah di Malaysia dipilih secara persampelan rawak strata berkadar. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis komponen prinsipal melalui perisian IBM SPSS Statistics 18 dan analisis faktor pengesahan (CFA) melalui perisian Analysis Moment of Structure (AMOS) versi 18 dengan pengujian model pengukuran (measurement model) berdasarkan data bagi menilai kebagusuaian padanan (goodness of fit). Teknik Model Persamaan Struktural (SEM) digunakan untuk menguji hubungan pembolehubah dalam pembentukan model. Analisis diskriptif menunjukkan bahawa min sokongan guru besar domain emosi, instrumental dan teknikal adalah pada tahap tinggi, manakala domain pengajaran adalah pada tahap rendah. Manakala analisis diskriptif bagi konstruk efikasi kendiri dan efikasi kolektif menunjukkan min efikasi kendiri domain Penglibatan Murid dan domain Pengurusan Bilik Darjah adalah pada tahap sangat tinggi, manakala efikasi kendiri domain Strategi Pengajaran dan efikasi kolektif Strategi Pengajaran pada tahap sederhana sahaja. Min bagi ketiga-tiga domain komitmen kerja guru adalah pada tahap sangat tinggi. Hasil analisis Model Persamaan Struktural (SEM) telah menunjukkan bahawa efikasi kendiri domain Penglibatan Murid, Strategi Pengajaran, Pengurusan Bilik Darjah dan efikasi kolektif domain Strategi Pengajaran adalah pembolehubah Perantara Penuh (Full Mediation) bagi hubungan antara sokongan pentadbir guru besar domain instrumental dengan Komitmen Kerja Guru. Manakala bagi hubungan antara sokongan pentadbir guru besar domain teknikal dengan Komitmen Kerja pula, efikasi kendiri domain Penglibatan Murid adalah pembolehubah Perantara Penuh (Full Mediation). Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan positif antara sokongan guru besar, efikasi kendiri, efikasi kolektif dan komitmen kerja. Akhirnya, model keseluruhan menunjukkan bahawa sumbangan semua pembolehubah sokongan guru besar, efikasi kendiri dan efikasi kolektif yang dikaitkan dengan komitmen kerja guru dalam model tersebut ialah 89%. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menyokong hubungan antara sokongan guru besar sekolah, efikasi kendiri dan efikasi kolektif dalam membantu meningkatkan komitmen kerja guru PPKI masalah pembelajaran sekolah rendah di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 286
Call Number: LB2840.N535 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98335+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
585.85 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.