Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487882
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorOoi Yek Hwa (P34807)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:33:33Z-
dc.date.available2023-10-11T09:33:33Z-
dc.date.issued2014-07-24
dc.identifier.otherukmvital:98329
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487882-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk membangun satu Ujian Diagnostik Matematik Menengah Rendah yang mengambil kira faktor-faktor keadilan dari segi jantina. Pengkaji memberi tumpuan kepada analisis setiap item dalam instrumen untuk mengenal pasti tahap pencapaian pelajar dalam matematik di peringkat awal tingkatan 4. Setiap item yang digunakan dalam instrumen dikaji berdasarkan respons pelajar untuk melihat sama ada menunjukkan kefungsian berbeza terhadap mana-mana kumpulan gender. Pengkaji menggunakan prosedur analisis Differential Item Functioning (DIF) berdasarkan Model Rasch untuk mengenal pasti item-item yang menunjukkan kefungsian berbeza kepada kumpulan-kumpulan pelajar yang sama kebolehan. Data diperoleh dengan menggunakan Ujian Diagnostik Matematik Menengah Rendah, 63 item aneka pilihan yang merangkumi 13 konstruk. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik demografi, soal selidik guru dan temu bual. Responden kajian sebenar terdiri daripada 637 pelajar tingkatan 4. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Analisis DIF dilaksanakan dengan perisian Winsteps versi 3.63. Pythagoras�� Theorem adalah konstruk yang paling sukar manakala Whole Number merupakan konstruk yang paling mudah. Kajian menunjukkan DIF berkaitan gender (GDIF) wujud dalam item-item ujian yang ditadbirkan kepada pelajar lelaki dan perempuan. Empat item (6.3%) dikesan signifikan GDIF pada aras kesignifikanan t �� +2.0 �� -2.0, nilai DIF contrast �� +0.5 �� -0.5 dan p < 0.05. Satu item tidak mempunyai GDIF. 31 item lebih mudah kepada perempuan berbanding dengan lelaki manakala selebihnya 50% item masing-masing memihak kepada lelaki dan perempuan. Apabila data dianalisis berdasarkan prosedur Mantel Haenszel, didapati 54 item (85.7%) mempunyai nilai DIF tidak signifikan. Nilai DIF bagi item tersebut adalah kecil (<1.00) dan boleh diabaikan. 9 item (14.3%) yang lain adalah signifikan GDIF kerana nilai delta di antara 1.00 dan 1.50 (kecil dan sederhana). Nilai delta item-item tersebut yang menghampiri 1.00 menunjukkan instrumen Ujian 3 adalah stabil dan tahap GDIF Ujian 3 adalah pada tahap yang sangat minimum. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat beberapa item yang memberi kelebihan kepada sesuatu kumpulan dan memberi implikasi kepada aspek keadilan dalam item-item pentaksiran dalam Ujian Diagnostik Matematik Menengah Rendah yang dibina. Pengkaji mencadangkan penggubal item harus peka kepada kewujudan DIF dalam sesuatu item dan analisis DIF digunakan semasa pembinaan item bagi instrumen pengukuran lain. Pembentuk instrumen atau item ujian haruslah menggunakan bentuk persembahan yang sesuai untuk mengelakkan kekeliruan dan kesilapan dari aspek pemahaman sesuatu item. Pengkaji mengesyorkan bahawa konsep-konsep kesahan dan kebolehpercayaan harus diberi peringatan semula dan didedahkan tentang konsep DIF kepada guru-guru atau bakal guru. Dari aspek pengajaran dan pembelajaran, dicadangkan pihak pentadbir melaksanakan sistem pengasingan pelajar mengikut kompetensi pelajar dalam kemahiran-kemahiran tertentu yang memudahkan guru merancang strategi pengajaran dan mencapai hasil pembelajaran mereka.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectMatematik
dc.subjectGender
dc.subjectKefungsian
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleKebezaan kefungsian item (KKI) berkaitan gender menggunakan aplikasi Rasch dalam Ujian Diagnostik Matematik
dc.typeTheses
dc.format.pages515
dc.identifier.barcode003081(2018);003080(2018)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98329+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
995.46 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.