Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487881
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuslin Amir, Dr.
dc.contributor.authorChin Mei Keong (P56668)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:33:32Z-
dc.date.available2023-10-11T09:33:32Z-
dc.date.issued2015-10-10
dc.identifier.otherukmvital:98327
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487881-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan spiritual, tahap kecerdasan emosi, dan tahap kualiti guru pelatih. Selain itu, hubungan dan sumbangan konstruk kecerdasan spiritual dan kecerdasan emosi dengan kualiti guru pelatih juga dikenal pasti. Kajian ini seterusnya meneroka secara mendalam faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kecerdasan spiritual dan kecerdasan emosi guru pelatih. Pengkaji telah menggunakan pendekatan gabungan (explanatory mixed method) yang menjadikan reka bentuk kajian kuantitatif sebagai kaedah utama dan data kualitatif dari kajian kes sebagai data sokongan. Bagi kajian kuantitatif, seramai 400 orang guru pelatih telah dipilih secara rawak dari setiap IPG Zon Tengah. Bagi kajian kualitatif, data diperoleh melalui temu bual terhadap lapan orang guru pelatih yang dipilih secara persampelan bertujuan. Analisis data secara deskriptif menunjukkan bahawa lebih daripada 90% guru pelatih yang dikaji menunjukkan tahap kecerdasan spiritual, tahap kecerdasan emosi, dan tahap kualiti guru yang sederhana dan tinggi. Di samping itu dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kecerdasan spiritual, kecerdasan emosi, dan kualiti guru pelatih mengikut bidang pengajian, manakala kecerdasan spiritual, kecerdasan emosi, dan kualiti guru pelatih tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan mengikut faktor jantina dan pencapaian akademik. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa kualiti guru pelatih yang dikaji berhubung secara signifikan dengan kecerdasan spiritual (r=.641), dan kecerdasan emosi (r=.625). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa kecerdasan spiritual dan kecerdasan emosi menyumbang sebanyak 41.1% dan 39.0% varians masing-masing kepada kualiti guru pelatih yang dikaji. Akhir sekali, dapatan kualitatif kajian ini telah mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan tahap kecerdasan emosi dan tahap kecerdasan spiritual guru pelatih. Kajian ini telah memberi implikasi bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual seharusnya diserapkan dalam kurikulum pendidikan guru supaya dapat menghasilkan guru pelatih yang berkualiti tinggi dan seterusnya dapat memajukan diri ke arah menjana transformasi dalam pendidikan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKecerdasan
dc.subjectKualiti
dc.subjectGuru pelatih
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleKecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual: faktor-faktor yang mempengaruhi dan sumbangannya ke atas kualiti guru pelatih
dc.typeTheses
dc.format.pages610
dc.identifier.barcode003079(2018)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98327+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
815.85 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.