Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487879
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Sattar Rasul, Dr.
dc.contributor.authorZool Hilmi Mohamed Ashari (P69666 )
dc.date.accessioned2023-10-11T09:33:31Z-
dc.date.available2023-10-11T09:33:31Z-
dc.date.issued2017-01-24
dc.identifier.otherukmvital:97187
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487879-
dc.descriptionTenaga kerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi amat diperlukan bagi menyokong hasrat untuk mencapai taraf negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) khususnya Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) telah dijadikan sebagai salah satu laluan utama untuk membekalkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi sektor pekerjaan PTV. Walaupun peluang pekerjaan sudah terbuka luas bagi graduan PTV, namun kajian menunjukkan hanya separuh graduan lepasan SPKM memilih untuk bekerja dalam sektor teknikal dan kemahiran menyebabkan keperluan 1.5 juta pekerjaan sektor PTV tidak akan dapat dipenuhi. Justeru, kajian ini cuba mengupas isu pemilihan kerjaya dalam sektor PTV bagi pelajar-pelajar SPKM seterusnya mencadangkan satu model persamaan struktur (SEM) pemilihan kerjaya yang signifikan bagi menyelesaikan isu tersebut. Kerangka konsep kajian dibentuk berdasarkan beberapa teori dan model kerjaya yang melihat hubungan antara individu, persekitaran, kebolehsesuaian kerjaya dan pemilihan kerjaya pelajar. Kebolehsesuaian kerjaya dan persekitaran juga telah dicadangkan sebagai faktor perantara dalam model SEM. Kajian tinjauan telah dijalankan di seluruh Malaysia melibatkan 619 pelajar SPKM. Data telah dianalisis menggunakan teknik Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor individu (minat, pengetahuan dan kematangan), kebolehsesuaian kerjaya (keprihatinan, keyakinan, kawalan dan sifat ingin tahu) dan faktor persekitaran (gaji, imej kerjaya, prospek kerjaya dan jaminan kerjaya) dengan pemilihan kerjaya pelajar. Hubungan-hubungan ini telah membentuk satu model persamaan struktur pemilihan kerjaya yang mempunyai ketepatan ramalan relevan peringkat sederhana. Faktor kebolehsesuaian kerjaya juga didapati memberi sumbangan paling penting kepada pemilihan kerjaya berbanding faktor individu dan persekitaran. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kebolehsesuaian kerjaya dan persekitaran berperanan sebagai perantara dalam model dengan kekuatan separa. Akhir sekali, penerapan elemen-elemen model struktur ini kepada pelajar SPKM dijangka mampu memberi sumbangan kepada pelajar dalam merancang dan menentukan pemilihan kerjaya mereka dengan tepat. Secara tidak langsung hubungan di antara persekitaran latihan dan alam pekerjaan tidak akan terputus.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKerjaya
dc.subjectPelajar
dc.subjectKemahiran
dc.subjectModel
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePermodelan persamaan struktur (SEM) pemilihan kerjaya pelajar Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
dc.typeTheses
dc.format.pages256
dc.identifier.barcode002933(2017);002932(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97187+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
622.58 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.