Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487876
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Razaq Ahmad, Prof. Madya Dato' Dr. | |
dc.contributor.author | Abdul Aziz Abdul Rahman (P80426) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:33:29Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:33:29Z | - |
dc.date.issued | 2017-10-07 | |
dc.identifier.other | ukmvital:97184 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487876 | - |
dc.description | Kajian ini berbentuk tinjauan bertujuan untuk mengenalpasti tahap dorongan persekitaran sosial penyertaan sosial, pengetahuan dan amalan patriotisme serta toleransi kaum dalam kalangan belia pelbagai etnik di Semenanjung Malaysia. Selain daripada itu juga, kajian ini turut mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan aspek-aspek tersebut berdasarkan jantina dan etnik serta sumbangan dorongan persekitaran sosial dan penyertaan sosial dan pengetahuan patriotisme terhadap amalan patriotisme serta terhadap toleransi kaum. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Hasil kajian rintis menunjukkan tahap kebolehpercayaan kesemua konstruk berdasarkan analisis Cronbach Alpha adalah berada di tahap kebolehpercayaan yang tinggi di antara 0.812 hingga 0.952. Pemilihan sampel dibuat secara rawak berstrata dengan mengambilkira lokasi, jantina dan etnik. Bilangan sampel adalah seramai 1600 orang belia yang terdiri daripada etnik Melayu,Cina dan India. Analisis data menggunakan perisian SPSS 23.0 Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai manakala inferensi menggunakan MANOVA dua hala dan regrasi berganda bagi menjawab persoalan dan hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap dorongan persekitaran sosial, penyertaan sosial, pengetahuan dan amalan patriotisme serta toleransi kaum dalam kalangan belia pelbagai etnik di Semenanjung Malaysia berada pada tahap sederhana dan sederhana tinggi. Ujian MANOVA dua hala membuktikan bahawa terdapat berbezaan yang signifikan aspek-aspek dalam dorongan persekitaran sosial, penyertaan sosial, pengetahuan dan amalan patriotisme serta toleransi kaum antara belia lelaki dan perempuan berdasarkan etnik. Walau bagaimanapun, perbezaan tersebut tidak berlaku bagi aspek penyertaan sosial berdasarkan jantina. Selanjutnya, ujian Regresi berganda menunjukkan terdapat pengaruh dorongan persekitaran sosial, penyertaan sosial, pengetahuan patriotisme terhadap amalan patriotisme dan toleransi kaum. Implikasi kajian mendapati pelbagai usaha yang komprehensif dan berterusan perlu dilakukan bagi meningkatkan persekitaran dan penyertaan sosial yang lebih menyeluruh dalam memastikan belia Malaysia mempunyai semangat patriotisme dan toleransi kaum yang tinggi bagi membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Belia | |
dc.subject | Etnik | |
dc.subject | Patriotisme | |
dc.subject | Toleransi | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Dorongan persekitaran dan penyertaan sosial terhadap patriotisme dan toleransi dalam kalangan belia pelbagai etnik di Semenanjung Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 291 | |
dc.identifier.barcode | 002929(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97184+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 813.02 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.