Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487874
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Saemah Rahman, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Rahmiati Azhari (P48124) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:33:27Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:33:27Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-31 | |
dc.identifier.other | ukmvital:97182 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487874 | - |
dc.description | Salah satu isu penting dalam bidang pendidikan fesyen adalah bagaimanakah kreativiti pelajar dapat dibangunkan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah pembelajaran strategi meta-kreatif keatas pencapaian pelajar dalam produk kreatif fesyen, amalan kreativiti, dan efikasi kendiri kreatif dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kejuruan. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen kumpulan kawalan tidak serupa (ujian pra dan ujian pos). Subjek kajian terdiri daripada 104 pelajar dalam kelas fesyen iaitu 52 orang dalam kumpulan eksperimen, dan 52 orang dalam kumpulan kawalan. Strategi meta-kreatif dilaksanakan keatas kumpulan eksperimen manakala strategi konvensional dilaksanakan keatas kumpulan kawalan. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mengukur amalan kreativiti dan efikasi kendiri kreatif manakala produk kreatif fesyen wanita diukur menggunakan rubrik penilaian. Analisis data menggunakan statistik deskriptif (min & sisihan piawai) dan statistik inferensi (MANOVA dan Regresi Berganda). Keputusan analisis MANOVA menunjukkan strategi meta-kreatif boleh meningkatkan pencapaian dalam produk kreatif dan amalan kreativiti pelajar. Bagaimanapun kajian mendapati tidak terdapat kesan yang signifikan keatas efikasi kendiri kreatif pelajar. Dapatan analisis regresi berganda menunjukkan amalan kreativiti menyumbang kepada pencapaian pelajar dalam produk kreatif, manakala efikasi kendiri kreatif tidak menyumbang kepada pencapaian pelajar dalam produk kreatif. Dari segi kesesuaian strategi meta-kreatif mengikut tahap pencapaian, analisis kesan interaksi menunjukkan startegi meta-kreatif sesuai untuk meningkatkan amalan kreativiti bagi kedua-dua kumpulan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah tetapi tidak untuk prestasi produk kreatif. Keputusan kajian menyokong penggunaan strategi meta-kreatif untuk meningkatkan pencapaian produk kreatif bagi pelajar berpencapaian tinggi. Namun begitu, analisis data deskriptif menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian produk kreatif bagi pelajar berpencapaian rendah dan tinggi bagi kumpulan rawatan. Dapatan data kualitatif juga secara umum menunjukkan sokongan pelajar dan guru terhadap penggunaan strategi meta-kreatif. Justeru dicadangkan agar guru menggunakan strategi meta-kreatif dalam kelas rekaan fesyen untuk meningkatkan kreativiti pelajar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pembelajaran | |
dc.subject | Meta kreatif | |
dc.subject | Fesyen | |
dc.subject | Kreativiti | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Kesan strategi pembelajaran meta kreatif ke atas kreativiti pelajar dalam bidang rekaan fesyen sekolah menengah kejuruan di Sumatera Barat | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 342 | |
dc.identifier.barcode | 002927(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97182+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 229.95 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.