Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487871
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jamil Ahmad, Dr. | - |
dc.contributor.author | Wan Ameran Wan Mat (P42836) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:33:24Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:33:24Z | - |
dc.date.issued | 2017-07-06 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:97180 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487871 | - |
dc.description | Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi tahap kebolehan rakan seusianya dikenali sebagai pelajar pintar cergas. Pelajar pintar cergas dan berbakat merupakan aset negara yang sangat berharga yang perlu dipulihara kerana mereka merupakan golongan yang berkeupayaan tinggi untuk menerajui ilmu ke tahap yang dibanggakan di samping menjana ilmu baharu kepada generasi akan datang. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik, berkesan dan optimum memerlukan strategi serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang khusus. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengesahkan atribut atau ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran pelajar pintar cergas khususnya pintar cergas akademik. Kajian ini melibatkan empat prosedur utama iaitu: pembinaan dan pengesahan kerangka konsep kajian; pengumpulan data melalui temu bual pakar; pembinaan ítem dan; pengujian item-item bagi menentukan ciri-ciri psikometrik (kesahan dan kebolehpercayaan). Pengujian ini telah dijalankan sebanyak tiga pusingan, bermula dengan instrumen yang mengandungi 208 item dan pada pusingan yang akhir instrumen mengandungi 52 item. Proses penganalisisan data adalah dengan menggunakan SPSS 18. Peringkat pertama pengesahan konstruk diperoleh melalui penentuan struktur unidimensi item-item iaitu dengan menggunakan faktor analisis penerokaan melalui putaran varimaks dengan menggunakan nilai-nilai Kaiser normalization dan ujian sphericity Bartlett yang telah ditetapkan dan nilai eigen bagi faktor-faktor adalah melebihi 1. Nilai korelasi item dengan jumlah skor dan antara item yang positif dan kuat (r >0.7) menunjukkan bahawa item-item mempunyai kesahan konstruk, kesahan konvergen dan kesahan divergen. Analisis faktor konfirmatori (AMOS 18) digunakan bagi menyokong dapatan yang diperoleh daripada Teori Ujian Klasik. Dapatan analisis dengan menggunakan analisis faktor konfirmatori menunjukkan bahawa 13 subatrribut first order adalah fit dengan data empirikal yang terkumpul dengan memberi nilai fit indeks yang melebihi tahap minimum iaitu Comparative Fit Index (CFI≥0.9), Tucker Lewis Index (TLI≥0.9), RMSEA (≤0.08) dan CMIN/df (≤5). Rumusannya, kajian ini mengenal pasti terdapat sebanyak tiga atribut utama iaitu atribut kandungan, atribut proses dan atribut konsep. Kajian ini juga mendapati terdapat 13 subatribut pengajaran dan pembelajaran pelajar pintar cergas akademik iaitu keperibadian guru, serba boleh, jurutera sosial, perihatin, sebagai mentor, proaktif, pengiktirafan, berdikari, cendikia IT, pemikiran kreatif, pemikiran kritikal, celik kajian, dan KBAT. Indeks kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi 13 atribut ini adalah di antara 0.891 hingga 0.923 menunjukkan bahawa item-item yang mewakili atribut-atribut mempunyai ketekalan dalaman yang baik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pelajar | - |
dc.subject | Pengajaran dan pembelajaran | - |
dc.subject | Pintar | - |
dc.subject | Akademik | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Pengenalpastian dan pengesahan atribut pengajaran dan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 230 | - |
dc.identifier.barcode | 002925(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97180+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 402.71 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.