Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487868
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorFaridah Juraime (P66572)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:33:22Z-
dc.date.available2023-10-11T09:33:22Z-
dc.date.issued2016-12-22-
dc.identifier.otherukmvital:97177-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487868-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan teknologi dan standard kompetensi pengurusan kurikulum dalam kalangan pengetua dalam usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah. Kajian ini turut mengkaji hubungan dan sumbangan kepimpinan teknologi dan standard kompetensi pengurusan kurikulum terhadap tahap prestasi akademik sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah gabungan secara berturutan (mixed method sequential explanatory design) dengan pendekatan kuantitatif sebagai kaedah utama dan diikuti pendekatan kualitatif. Teknik pensampelan kelompok pelbagai peringkat iaitu mengikut zon digunakan bagi menentukan responden kajian. Seramai 341 orang pengetua dari 341 buah SMK harian seluruh Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian dan tujuh orang sebagai peserta temu bual. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan teknologi dan standard kompetensi pengurusan kurikulum pengetua secara keseluruhan berada pada tahap sangat tinggi. Seterusnya, ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan kepimpinan teknologi pengetua berdasarkan lokasi dan bilangan kursus ICT yang dihadiri manakala tidak terdapat perbezaan amalan kepimpinan teknologi dengan pengalaman menjadi pengetua. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan standard kompetensi pengurusan kurikulum mengikut lokasi, pengalaman menjadi pengetua dan bilangan kursus ICT yang dihadiri. Analisis ujian korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan yang signifikan antara kepimpinan teknologi dengan standard kompetensi pengurusan kurikulum dengan kekuatan yang sederhana. Ujian korelasi Spearman Rho' menunjukkan hubungan signifikan yang rendah antara standard kompetensi pengurusan kurikulum dengan tahap prestasi akademik sekolah manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan teknologi dengan tahap prestasi akademik sekolah. Analisis regresi mendapati empat daripada lima dimensi kepimpinan teknologi iaitu penambahbaikan menyeluruh, warga digital, budaya pembelajaran era digital dan kecemerlangan amalan profesional menyumbang kepada standard kompetensi pengurusan kurikulum. Seterusnya, data temu bual dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti. Analisis kualitatif menunjukkan ciri-ciri bagaimana pengetua SMK Harian mengamalkan kepimpinan teknologi di sekolah. Implikasi kajian ini memberi nilai tambah terhadap amalan kepimpinan teknologi dan standard kompetensi pengurusan kurikulum pengetua dalam Pembangunan Profesional Berterusan (PPB) melalui aspek latihan, infrastruktur dan pemantauan yang berterusan. Kesimpulannya, amalan kepimpinan teknologi dan standard kompetensi pengurusan kurikulum dalam kalangan pengetua mewujudkan gaya baharu kepada amalan kepimpinan pengetua ke arah peningkatan prestasi sekolah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKepimpinan-
dc.subjectKompetensi-
dc.subjectPengetua-
dc.subjectAkademik-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleKepimpinan teknologi dan standard kompetensi pengurusan kurikulum dalam kalangan pengetua sekolah menengah harian di Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages423-
dc.identifier.barcode002921(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97177+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
464.75 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.