Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487865
Title: Hubungan resiliensi, modal psikologi dan tret personaliti terhadap kesejahteraan subjektif dan komitmen dalam kalangan guru pendidikan khas
Authors: Ramesh Kanapathy (P67416)
Supervisor: Rosadah Abd Majid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pendidikan khas
Guru
Kesejahteraan subjektif
Komitmen
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 25-Aug-2017
Description: Impak globalisasi serta hasrat kerajaan dalam melaksanakan transformasi pendidikan menjadikan tugas guru pendidikan khas kompleks, mencabar, dan terdedah kepada tekanan, yang boleh menjejaskan kualiti serta prestasi kerja. Komponen dalam psikologi positif perlu dikaji dalam usaha pembentukan guru berkualiti, berdaya tahan, komited dan produktif. Kajian ini bertujuan melihat hubungan struktural di antara pemboleh ubah modal psikologi, tret personaliti, resiliensi dengan kesejahteraan subjektif dan komitmen guru pendidikan khas sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Seramai 415 orang guru Pendidikan Khas dipilih secara rawak dari 257 buah sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Data kajian dikumpul melalui instrumen soal selidik yang terdiri dari terjemahan dan adaptasi Special Education Career Resiliency Scale, International Personality Item Pool (IPIP), Psychological Capital (Psy-Cap), Satisfaction with Life Scale (SWLS) dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ). Analisa deskriptif skor min digunakan untuk melihat profil dan didapati semua pemboleh ubah kajian mencatatkan tahap sederhana tinggi kecuali konstruk personaliti neurotik mencatatkan skor min sederhana rendah. Analisa MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap modal psikologi, tahap resiliensi, tret personaliti, tahap kesejahteraan subjektif dan tahap komitmen guru berdasarkan gender dan pengalaman. Analisa faktor pengesahan (CFA) dan modal persamaan struktur (SEM) mendapati pemboleh ubah kajian modal psikologi, tret personaliti dan resiliensi berhubung secara positif dan signifikan antara kesejahteraan subjektif dan komitmen. Analisis regresi berganda menunjukkan modal psikologi, resiliensi, personaliti dan kesejahteraan subjektif menyumbang sebanyak 67% (r2 = 0.668) varians dalam komitmen. Kajian menunjukkan sebanyak 33% varians dalam komitmen tidak diramal oleh model regresi kajian. kajian juga menunjukkan kesejahteraan subjektif berfungsi sebagai perantara separa di antara modal psikologi, personaliti, resiliensi dengan komitmen. Kajian ini turut mengemukakan kerangka model kesejahteraan subjektif dan komitmen guru. Hasil kajian menunjukkan keperluan memupuk intervensi psikologi positif dalam membentuk guru pendidikan khas yang berkualiti. Implikasi dan cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan bagi mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang kesejahteraan subjektif dan komitmen guru pendidikan khas di sekolah menengah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 270
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97165+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.