Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487858
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamil Ahmad, Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Nordin (P61692)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:33:15Z-
dc.date.available2023-10-11T09:33:15Z-
dc.date.issued2017-11-04
dc.identifier.otherukmvital:97159
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487858-
dc.descriptionProgram peningkatan sahsiah telah dijalankan dalam sistem pendidikan di Malaysia melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan sebuah program baru yang bertujuan memantapkan sahsiah murid sekolah menengah agama. Kajian ini dijalankan untuk menilai pelaksanaan SUMUR dan pencapaian matlamat program tersebut untuk mencapai sahsiah unggul. Selain itu masalah pelaksanaan program di peringkat sekolah cuba dikenal pasti. Kajian ini menggunakan Model Logik (W. Kellog Foundation, 2001; 2004) dengan memberikan fokus kepada penilaian input, proses, output dan outcome. Kaedah kajian adalah secara tinjauan yang melibatkan responden daripada murid, mentor murid (naqib) dan mentor guru (murabbi). Pensampelan secara rawak berkelompok telah digunakan untuk memilih sampel kajian terdiri daripada 880 orang murid, 330 orang mentor murid (naqib) dan 220 mentor guru (murabbi) di 11 buah SMKA terpilih. Enam orang pentadbir telah dipilih sebagai peserta kajian mengukuhkan dapatan kajian kuantitatif. Kutipan data adalah melalui kaedah soal selidik, temu bual dan analisis dokumen. Statistik deskriptif menggunakan min telah digunakan untuk mengenal pasti tahap input, proses, output dan outcome program. Statistik inferensi Regresi Berganda digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang pencapaian matlamat program. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan input, proses dan outcome program adalah di tahap sederhana tinggi. Dari segi output program setiap menunjukkan perbezaan yang ketara dalam jumlah dan bentuk aktiviti di setiap negeri. Penilaian telah mendapati beberapa aktiviti dalam proses perlaksanaan PPU masih kurang diberi penekanan. Masalah utama yang dihadapi dalam perlaksanaan SUMUR adalah berkaitan peruntukan kewangan, bahan, masa sikap dan akhlak murid. Faktor-faktor yang menyumbang ke arah pencapaian matlamat program SUMUR (outcome) adalah kemahiran komunikasi interpersonal, hebahan maklumat, penglibatan mentor murid (naqib) dan fleksibiliti dalam tugas. Kajian penilaian ini telah menunjukkan bahawa program SUMUR merupakan program yang baik dan perlu diteruskan. Justeru, beberapa penambahbaikan perlu diambil dan perlu diperluaskan ke semua sekolah menengah di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectSahsiah
dc.subjectMurid
dc.subjectSekolah menengah agama
dc.subjectMentor
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePenilaian Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA)
dc.typeTheses
dc.format.pages330
dc.identifier.barcode002912(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97159+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
482.5 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.