Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487855
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSafani Bari, Dr.
dc.contributor.authorNur Aishah Abdullah (P66593)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:33:13Z-
dc.date.available2023-10-11T09:33:13Z-
dc.date.issued2017-04-15
dc.identifier.otherukmvital:97150
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487855-
dc.descriptionKajian ini bertujuan meninjau kompetensi dan keperluan guru terhadap perlaksanaan program intervensi awal di prasekolah pendidikan khas. Kajian ini menggabungkan Model Kompetensi Iceberg dan Model Standard Guru Malaysia yang melibatkan komponen kompetensi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi. Aspek keperluan guru merangkumi latihan, kolaborasi, infrastruktur dan pemantauan. Manakala pelaksanaan intervensi awal melibatkan aspek perancangan dan pelaksanaan. Secara terperinci, kajian ini memberi maklumat tentang tahap kompetensi, keperluan dan perspektif guru terhadap pelaksanaan intervensi awal. Kajian juga turut mengenal pasti hubungan dan sumbangan kompetensi dan keperluan guru dengan perspektif guru terhadap pelaksanaan intervensi awal. Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti perbezaan kompetensi, keperluan dan perspektif guru berdasarkan faktor demografi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 161 orang guru prasekolah pendidikan khas telah dipilih melalui pensampelan rawak berlapis untuk menjawab soal selidik. Secara keseluruhannya, tahap kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi adalah sederhana (min = 3.39 dan SP = 0.30). Manakala tahap keperluan guru dari aspek latihan, kolaborasi, infrastruktur, pemantauan adalah tinggi (min = 4.63 dan SP = 0.27) dan perspektif guru dari aspek perancangan dan pelaksanaan juga tinggi (min=4.56 dan SP=0.23). Analisis Kruskal Wallis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi guru dari aspek pengetahuan dan kemahiran berdasarkan kelulusan akademik dan kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi berdasarkan pengalaman mengajar. Seterusnya terdapat perbezaan yang signifikan keperluan guru dari aspek latihan dan infrastruktur berdasarkan kelulusan akademik, manakala analisis MANOVA secara keseluruhan terdapat perbezaan yang signifikan keperluan guru berdasarkan lokasi. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi dari aspek kemahiran dan ciri-ciri peribadi. Manakala keperluan guru dari aspek latihan, infrastruktur, kolaborasi dan pemantauan mempunyai hubungan yang signifikan dengan perspektif guru terhadap intervensi awal. Seterusnya, analisis Regresi Berganda mendapati kompetensi dari aspek ciri-ciri peribadi dan keperluan guru dari aspek kolaborasi, infrastruktur dan pemantauan menyumbang terhadap pelaksanaan intervensi awal. Implikasi kajian ini, untuk mencapai keberkesanan pelaksanaan intervensi awal yang berkualiti, kompetensi guru perlu diperkukuhkan melalui program latihan yang berterusan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru serta keperluan mereka dari aspek latihan, kolaborasi, dan infrastruktur manakala pemantauan perlu diberi perhatian sewajarnya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectIntervensi awal
dc.subjectPrasekolah
dc.subjectPendidikan khas
dc.subjectGuru
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleKompetensi dan keperluan guru terhadap pelaksanaan intervensi awal di prasekolah pendidikan khas
dc.typeTheses
dc.format.pages365
dc.identifier.barcode002904(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97150+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
465.54 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.