Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487852
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Ainon Wazir (P61703) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:33:11Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:33:11Z | - |
dc.date.issued | 2016-03-21 | |
dc.identifier.other | ukmvital:96962 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487852 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) guru bahasa Arab sekolah rendah. Aspek utama yang diteroka adalah tentang pengetahuan isi kandungan (PIK), pengetahuan pedagogi am (PPA), pengetahuan pedagogi khusus (PPK) dan pengetahuan konteks (PK). Kajian ini adalah gabungan pendekatan kuantitatif secara tinjauan dan pendekatan kualitatif secara kajian kes. Bagi pendekatan kuantitatif secara tinjauan, satu set soal selidik PPIK bahasa Arab telah digunakan bagi mendapatkan min PPIK guru bahasa Arab secara umum. Bagi pendekatan kualitatif secara kajian kes pula, seramai enam orang guru bahasa Arab yang mempunyai min PPIK yang tinggi dan sedang mengajar bahasa Arab di sekolah kebangsaan di Selangor atau Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Data kajian dikutip menerusi soal selidik PPIK, temu bual mendalam, pemerhatian tidak turut serta dan analisis dokumen. Perisian SPSS digunakan untuk menganalisis data kuantitatif bagi mendapatkan statistik deskriptif manakala perisisan Nvivo 10 digunakan untuk mengurus dan menganalisis data kajian kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan PPIK guru bahasa Arab sekolah rendah berada pada tahap tinggi dengan PIK menunjukkan min yang paling tinggi, diikuti oleh PPK, PPA dan PK. Dapatan secara kualitatif pula menunjukkan bahawa dalam komponen PIK, guru-guru bahasa Arab didapati masih kurang berpengetahuan tentang matlamat dan objektif kurikulum bahasa Arab di peringkat sekolah rendah. Bagi aspek PPA pula, guru-guru bahasa Arab sekolah rendah didapati masih belum dapat menggunakan bahasa Arab secara optimum di dalam bilik darjah. Bagi aspek pengetahuan pedagogi khusus pula, guru bahasa Arab paling banyak menggunakan kaedah pengajaran seperti bacaan, terjemahan, pengulangan, menghafal dan latih tubi. Bagi pengetahuan konteks pula, guru bahasa Arab sekolah rendah didapati kurang mendapat pendedahan kursus perkembangan profesional yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Dapatan kajian juga menemukan komponen kelima pengetahuan guru bahasa Arab, iaitu pengetahuan spiritual (PS). Kajian ini juga membincangkan beberapa implikasi dapatan kajian dan cadangan-cadangan untuk menghasilkan guru bahasa Arab yang berkesan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pedagogi | |
dc.subject | Bahasa Arab | |
dc.subject | Isi kandungan | |
dc.subject | Sekolah rendah | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru bahasa Arab sekolah rendah | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 355 | |
dc.identifier.barcode | 002858(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96962+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 458.21 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.