Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487847
Title: Membina dan menentusah rubrik pentaksiran kompetensi amali kursus elektronik di kolej vokasional
Authors: Azmanirah Ab Rahman (P59213)
Supervisor: Jamil Ahmad, Dr.
Keywords: Rubrik pentaksiran
Kompetensi
Elektronik
Kolej vokasional
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 9-Jun-2017
Description: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan dan menentusah rubrik pentaksiran kompetensi amali bagi pembangunan projek litar elektronik di Kolej Vokasional. Terdapat empat objektif kajian iaitu membangunkan rubrik, menentukan kesahan kandungan rubrik, menentukan kebolehpercayaan dan kesahan rubrik, menilai kesesuaian skala pemeringkatan dan menilai kesan pemeriksa. Reka bentuk kajian adalah kaedah gabungan penerokaan. Kriteria dan item rubrik telah ditentukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif manakala pendekatan kuantitatif digunakan untuk mengesahkan kriteria dan item rubrik yang telah dibangunkan. Empat rubrik telah dibina berdasarkan proses pembangunan instrumen iaitu rubrik rekabentuk litar elektronik, rubrik punaran, rubrik pemasangan dan pematerian dan rubrik analisa data. Rubrik telah melalui tiga peringkat pengujian. Peringkat pengujian pertama melibatkan 24 orang pelajar di sebuah Kolej Vokasional dan dianalisis menggunakan pendekatan model Rasch melalui Program Winstep. Hasil pengujian peringkat pertama menunjukkan terdapat beberapa item yang perlu ditambah baik. Pengujian peringkat kedua dan ketiga melibatkan 68 pelajar dan 9 pemeriksa telah dilaksanakan di tiga buah Kolej Vokasional. Data-data dianalisis menggunakan pendekatan Model Pengukuran Rasch Pelbagai Faset (MFRM) melalui Program FACET. Dapatan mendapati pelajar mempunyai kebolehan yang tinggi berbanding ketegasan pemeriksa dan kesukaran item bagi semua rubrik. Konsistensi dari segi pemeriksaan menunjukkan terdapat hingar dan pertindanan dalam pemeriksaan terhadap pelajar, pemeriksa dan juga item berdasarkan kepada infit MNSQ dan outfit MNSQ yang berada di luar nilai piawaian. Terdapat juga perbezaan yang signifikan di antara kebolehan pelajar, ketegasan pemeriksa dan juga kesukaran item bagi semua rubrik. Kefungsian skala pula menunjukkan semua skala berfungsi dengan baik dan efisien. Manakala dari aspek kesan pemeriksa (severity/leniently, kesan halo dan kesan kecenderungan memusat) tidak dapat dikesan secara kumpulan tetapi dapat dikesan secara individu. Dapatan secara individu menunjukkan pemeriksa berat sebelah terhadap sebilangan pelajar dan item tertentu. Pemeriksa juga cenderung untuk membuat penandaan yang berulang terhadap trait dan juga cenderung menggunakan skala pertengahan. Walau bagaimanapun secara keseluruhannya rubrik yang dihasilkan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur kompetensi amali pelajar bagi amali pembangunan litar elektronik di Kolej Vokasional.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 390
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96958+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
436.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.