Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487843
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Izham Hj. Mohd. Hamzah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNoraini Abdullah (P40646)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:33:06Z-
dc.date.available2023-10-11T09:33:06Z-
dc.date.issued2017-06-04
dc.identifier.otherukmvital:96954
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487843-
dc.descriptionKajian ini bertujuan mengenal pasti amalan kepimpinan teknologi pengetua Sekolah Menengah di Malaysia dari aspek visi dan kepimpinan; pengajaran dan pembelajaran; amalan profesional dan produktiviti; kelengkapan infrastruktur dan; sokongan, pengurusan dan pengendalian ICT. Kajian ini juga bertujuan untuk menguji perbezaan lima aspek kepimpinan teknologi berdasarkan faktor demografi seperti tempoh menjawat jawatan pengetua, lokasi sekolah, jantina dan latihan profesional. Selain itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengetua dalam mengamalkan kepimpinan teknologi dan bagaimana mereka menangani masalah tersebut di sekolah. Kajian ini menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam meneliti lima aspek kepimpinan teknologi pengetua. Data kuantitatif diperoleh daripada Soal Selidik Penilaian Kepimpinan Teknologi Pentadbir yang ditadbirkan kepada 334 orang pengetua dari lima zon yang berbeza di Malaysia iaitu zon timur, zon tengah, zon selatan, zon utara dan zon Malaysia timur (Sabah, Sarawak, Labuan). Data kualitatif pula diperoleh melalui temu bual enam orang pengetua dan enam orang guru mengikut zon termasuk Sabah dan Sarawak. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif, ujian inferensi MANOVA dan ANOVA sehala dengan menggunakan perisian SPSS versi 17. Data kualitatif digunakan untuk meneroka secara terperinci amalan kepimpinan teknologi dan mencungkil masalah yang dihadapi dan cara pengetua mengatasi masalah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan pengetua sekolah menengah di Malaysia mempunyai tahap amalan kepimpinan teknologi yang sangat tinggi. Kajian ini juga mendapati tempoh menjawat jawatan sebagai pengetua, jantina dan latihan profesional yang dihadiri oleh pengetua mempengaruhi tahap amalan kepimpinan teknologi manakala lokasi sekolah tidak mempengaruhi tahap amalan kepimpinan teknologi. Masalah utama dalam mengamalkan kepimpinan teknologi di sekolah ialah isu kelengkapan infrastuktur dan capaian internet. Kajian ini mendapati pengetua dan guru bertindak secara profesional dalam menangani kedua-dua isu ini dengan memohon sumbangan kewangan daripada pelbagai pihak termasuklah PIBG, PPD, JPN, KPM, syarikat swasta, YB wakil rakyat dan komuniti setempat. Beberapa implikasi dan cadangan untuk penambahbaikan telah dikemukakan bagi membantu pengetua mengamalkan kepimpinan teknologi dengan berkesan di sekolah. Kesimpulannya, pengetua sekolah menengah di Malaysia mengamalkan kepimpinan teknologi dengan sangat baik walaupun menghadapi cabaran dari segi kelengkapan infrastrutur dan capaian internet untuk melestarikan kecemerlangan sekolah bagi memenuhi hasrat KPM.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKepimpinan teknologi
dc.subjectPengetua
dc.subjectSekolah menengah
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleAmalan kepimpinan teknologi pengetua sekolah menengah di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages296
dc.identifier.barcode002849(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96954+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
616.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.