Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487836
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Manisah Mohd Ali, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Zawawi Zahari (P43557) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:33:01Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:33:01Z | - |
dc.date.issued | 2017-10-06 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:96948 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487836 | - |
dc.description | Pendidikan Inklusif adalah suatu program pendidikan yang memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana. Kelestarian pendekatan pendidikan inklusif ini sejajar dengan hasrat kerajaan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang berinisiatif untuk meningkatkan enrolmen murid berkeperluan khas dalam program pendidikan inklusif. Kajian yang berbentuk kajian kes deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji pelaksanaan pendidikan inklusif di 15 buah sekolah rendah harian di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang melaksanakan program pendidikan inkusif bagi murid-murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini memfokuskan kepada 7 elemen pendidikan inklusif yang dikaji iaitu aspek kepimpinan sekolah, amalan pengajaran guru, sokongan pembelajaran secara individu, kolaborasi perancangan dan pengajaran, penilaian berterusan, sosialisasi dan penglibatan murid inklusif serta penglibatan keluarga. Elemen ini adalah hasil daripada analisis dokumen indikator luar negara. Responden kajian terdiri daripada Guru Penyelaras Program Pendidikan Khas(n=15), guru besar(n=15), guru pendidikan khas(n=44), guru arus perdana(n=91), ibu bapa murid inklusif (n=43), murid inklusif (n=67) dan murid tipikal(n=263). Kaedah kajian ini juga menggunakan soal selidik yang berasingan untuk guru besar, guru, ibu bapa dan murid. Protokol temu bual digunakan kepada empat kumpulan responden iaitu guru besar (n=4), guru(n=5), dan ibu bapa(n=4). Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratus dan min. Data temu bual ditranskripsikan secara verbatim. Data verbatim dianalisis dengan memberi kod dan tema-tema yang muncul berasaskan soalan kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan amalan pelaksanaan pendidikan inklusif secara purata keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Didapati enam sekolah berada pada tahap tinggi, lapan pada tahap sederhana dan sebuah sekolah pada tahap rendah. Dapatan menunjukkan pelaksanaan elemen Sosialisasi dan Penglibatan Murid serta elemen Kepimpinan Sekolah berada pada tahap tinggi manakala lima elemen lain pada tahap sederhana. Kajian ini mendapati program inklusif di sekolah memerlukan resos dan sokongan dari segi sumber manusia, kewangan khusus, bahan resos pengajaran yang sesuai, garis panduan pelaksanaan pendidikan inklusif yang komprehensif, sokongan pelbagai pihak berkepentingan serta motivasi rakan sebaya. Cabaran kebanyakan program pendidikan inklusif adalah garis panduan pelaksanaan pendidikan inklusif yang tidak komprehensif, kekurangan pendedahan kepada ibu bapa dan guru-guru serta bilangan murid yang ramai dalam kelas inklusif. Dari segi implikasi, aspek-aspek seperti sokongan guru besar, penerapan budaya inklusif serta indikator bagi menilai dan memantau pelaksanaannya memerlukan peningkatan dan penambahbaikan daripada pihak pemegang taruh. Institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus perguruan perlu mewujudkan kursus pendidikan inklusif berkaitan kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pendidikan inklusif | - |
dc.subject | Murid bermasalah pembelajaran | - |
dc.subject | Sekolah rendah | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Pelaksanaan pendidikan inklusif bagi murid-murid masalah pembelajaran di sekolah rendah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 308 | - |
dc.identifier.barcode | 002843(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96948+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 261.97 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.